Page 184 - Saujana Pujangga 2022
P. 184

 FORUM
     182 Saujana Pujangga 2022
Syarifah
Banyak manfaat telah diraih oleh para peserta yang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuk pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu, pendedahan kepada budaya Melayu yang indah dan pengalaman yang meninggalkan kesan yang mendalam. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaik untuk memastikan keberkesanan aktiviti. Misalnya, program Cepat Tepat yang disiarkan di saluran Suria padan tahun ini. Saya berpendapat bahawa program tersebut boleh disebarluaskan ke peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Oleh sebab itu, walaupun menarik, namun, rancangan tersebut tidak dapat dimanfaatkan golongan remaja yang menganggap perkara-perkara yang dipaparkan mudah dan tidak mencabar. Ada baiknya jika rancangan ini menyisipkan segmen selingan untuk remaja
dan dewasa. Sudah pasti rancangan ini lebih menyeluruh.
Jade
Bulan Bahasa 2022 telah disambut baik oleh masyarakat Melayu di Singapura menerusi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Bulan Bahasa tidak hanya terhad kepada para pelajar sahaja, malah terbuka kepada ibu bapa dan masyarakat secara amnya untuk menyertai segala kegiatan yang dianjurkan. Tamsilnya, Hab HDB Toa Payoh mengundang para pengunjung untuk belajar menganyam ketupat dan mencuba menulis dalam tulisan Jawi. Justeru, kegiatan mesra keluarga yang sebegini dapat menjadikan Bulan Bahasa sebagai suatu wadah bagi memperkukuh hubungan antara ahli keluarga sekaligus memasyarakatkan bahasa dan budaya Melayu apabila mereka didedahkan kepada pelbagai aspek bahasa dan budaya Melayu nan indah ini. Walaupun demikian, pihak penganjur masih perlu menambah baik usaha publisiti mereka dengan menjemput selebriti-selebriti terkenal seperti Sezairi Sezali Pemenang Singapore Idol, Musim ke-3 yang lebih dekat dengan hati golongan muda supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung. Tambahan pula, kegiatan Bulan Bahasa boleh merangkumi masyarakat yang bukan Melayu untuk turut serta supaya mereka juga dapat menghargai bahasa dan budaya Melayu sehingga dapat membantu memperkukuh persefahaman dan semangat sebagai satu bangsa Singapura.




























































































   182   183   184   185   186