Page 182 - Saujana Pujangga 2022
P. 182

 FORUM
   180 Saujana Pujangga 2022
Pihak pemerintah boleh memainkan peranan yang penting dalam mengasuh dan mendedahkan para remaja kepada kepentingan berbakti kepada masyarakat agak mereka dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Pihak pemerintah juga boleh mengadakan forum untuk para remaja. Forum tersebut juga boleh mengajar para remaja cara-cara mengatasi isu gejala sosial ini seperti mengambil bahagian dalam kerja-kerja kebajikan, mencari keseimbangan dalam akademik dan bijak memilih rakan sejati yang membawa pengaruh positif. Forum-forum ini diharapkan dapat membuka minda para remaja dan mendorong mereka untuk melakukan kebaikan dan tidak bersikap individualistik. Selain itu, remaja perlu mengambil langkah- langkah positif supaya dapat menjalani kehidupan yang bermakna. Dengan memupuk nilai-nilai murni dalam golongan remaja, mereka dapat memperbaik diri dan berbakti kepada masyarakat. Bak kata pepatah, Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Para remajalah tonggak negara yang akan menerajui kepimpinan pada masa hadapan.
































































































   180   181   182   183   184