Page 186 - Saujana Pujangga 2022
P. 186
FORUM
184 Saujana Pujangga 2022
Sambrama
Evan
Kegiatan bulan bahasa tahun ini boleh dipertingkat dengan merancakkan lagi kempen untuk mempromosikan kegiatan ini. Majlis Bahasa Melayu Singapura memang sudah menggunakan platform seperti media sosial dan lelaman Majlis Bahasa Melayu Singapura untuk mempromosikan kegiatan ini. Namun, pada pendapat saya, platform- platform ini tidak cukup berkesan dalam mempromosikan kegiatan Bulan Bahasa di serata Singapura sebab platform-platform yang digunakan untuk mempromosikan kegiatan ini mengandalkan orang- orang untuk menemukan iklan Bulan Bahasa. Hakikatnya, tidak ramai orang yang tahu atau tergerak untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti Bulan Bahasa. Oleh sebab itu, saya rasa promosi kegiatan Bulan Bahasa ini akan lebih berkesan jika dilakukan dengan lebih aktif melalui iklan YouTube atau televisyen atau secara langsung dengan mengunjungi sekolah-sekolah atau Kelab Masyarakat di sekitar Singapura untuk mempromosikannya. Dengan cara demikian, usaha untuk mempromosikan kegiatan Bulan Bahasa menjadi lebih berkesan dan lebih ramai orang akan terpanggil untuk menyertai kegiatan-kegiatan Bulan Bahasa.
Pada pendapat saya, kegiatan Bulan Bahasa tahun ini boleh dipertingkat dengan menggunakan aplikasi seperti TikTok untuk menarik perhatian lebih ramai remaja. Video berisi soalan-soalan Kuiz Cepat Tepat boleh dimuatnaikkan di TikTok. Oleh sebab TikTok merupakan aplikasi yang digunakan oleh anak muda pada saat ini, video tersebut tentu akan ditonton oleh mereka dan justeru, anak-anak muda akan lebih teruja dan mengetahui lebih lanjut tentang Cepat Tepat dan Bulan Bahasa. Selain itu, video rakaman Bahas 4PM juga boleh dimuatnaikkan untuk memberikan galakan dan dorongan kepada anak muda untuk menyokong sekolah mereka pada tahun hadapan. Saya juga berasa bahawa lebih ramai golongan muda harus dilibatkan sebagai penganjur acara. Sejauh ini, ramai daripada pihak penganjur acara merupakan orang dewasa. Lebih banyak anak muda harus dijadikan penganjur acara untuk menarik perhatian lebih ramai golongan muda.