Page 188 - Saujana Pujangga 2022
P. 188

 FORUM
Implikasi Bank Makanan
TMJC
     186 Saujana Pujangga 2022
Alysha Nabilah Binte Ahmad Husaini
Pemberian makanan dapat memupuk sikap meminta-minta kerana mewujudkan tabiat malas. Lama-kelamaan, mereka akan berasa terlalu selesa dan tidak proaktif Sikap seperti ini memberikan mesej yang negatif. Yang sihat dan kuat. Sepatutnya mencari kerja yang tetap daripada meminta-minta.
Namun begitu, pemberian makanan boleh juga mendorong mereka yang kurang berkemampuan untuk berusaha. Kadangkala, jasa baik dan niat murni ahli masyarakat yang lain dapat memotivasikan seseorang individu untuk terus berusaha. Harapan untuk masa depan masih wujud dan mereka boleh keluar daripada kepompong kemiskinan. Contohnya, di favela-favela Brazil, seorang bekas pesalah yang pernah hidup dalam kemiskinan mendapat inspirasi daripada bank makanan untuk membuka soup kitchen bagi masyarakat favelanya.
Tambahan pula, konsep bersyukur dapat diterapkan. Ada yang terpaksa hidup miskin kerana usia ataupun dihalau anak mereka. Mereka tidak mempunyai pertolongan sesiapa lagi dan mereka memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup mereka. Misalnya, di Korea, golongan warga emas yang miskin bersyukur mendapat makanan percuma setiap hari di restoran yang dikendalikan badan bukan pemerintah (NGO) demi kelangsungan hidup.
Nur Fifi Syadzwina Binte Mohamed Sulaiman
Apabila dibantu, masyarakat yang kurang berkemampuan tidak berasa khuatir kerana kesejahteraan kehidupan mereka terjaga. Namun, bantuan ini berkemungkinan bukan untuk selama-lamanya. Jika, sentiasa di dalam zon keselesaan, mereka akan sentiasa berada dalam lingkungan
kemiskinan dan tidak mahu berusaha.
Namun, sikap berdikari mampu dipupuk dalam kalangan yang ditolong. Kesedaran tentang kepentingan meningkatkan kemahiran diri supaya dapat bekerja dan menampung diri sendiri perlu ada. Dengan ini, mereka akan giat bekerja supaya boleh memastikan kebajikan diri terjaga walaupun jika dilanda krisis yang pelbagai dalam dunia VUCA ini seperti krisis ekonomi dan kesihatan.























































































   186   187   188   189   190