Page 190 - Saujana Pujangga 2022
P. 190

 FORUM
   Nur Fitrah Anisah Binte Kamarusaman
 188 Saujana Pujangga 2022
Bantuan makanan melalui bank makanan tidak menyelesaikan masalah kemiskinan. Seperti contoh, bank makanan ini mencetuskan sikap terlalu bergantung kepada barangan percuma kepada mereka yang masih kuat bekerja dan boleh mencari rezeki. Terdapat banyak inisiatif seperti MySkillsFuture oleh pihak pemerintah yang diberikan agar rakyat dapat membina kemahiran yang asas tetapi berguna untuk mendapat pekerjaan yang boleh membantu mereka menampung kos sara hidup. Tambahan lagi, apabila bank makanan ini bersifat sedia ada, ini memberikan kepada mereka untuk tidak bekerja dan hanya bergantung pada bantuan orang lain untuk menyara hidup mereka.
Walaupun begitu, keluarga dengan pencari nafkah yang tunggal seperti ibu bapa tunggal terkecuali dalam hal ini. Ibu bapa tunggal tidak dapat menyara hidup anak-anak mereka dengan selesa walaupun mereka bertungkus-lumus bekerja kerana gaji mereka yang tidak mencukupi. Oleh itu, mereka memerlukan bantuan tambahan agar keperluan asas mereka dijaga.
Nur Humairah Binte Jamaludin Bawany
Kewujudan bank makanan menandakan satu usaha murni untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Maklum balas dari golongan ini memaparkan rasa kesyukuran. Ini kerana bantuan ini dihulurkan oleh anggota masyarat yang murah hati maka bukan suatu usaha yang wajib dijadikan tanggungjawab untuk mewujudkan skim bantuan wang untuk orang yang kurang berkemampuan. Bank makanan ditubuhkan hanya berkat daripada rasa ihsan anggota masyarat yang mahu meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam hehidupan yang semakin menjabar ini.
Namun, jika bantuan berlebihan diberikan pada mereka, ini boleh minimbulkan perasaan malas kerana sudah disokong oleh bantuan luaran. Mereka mungkin akan mengelak daripada bertungkus-lumus untuk memperbaik taraf kehipun. Rasional ini dilihat apabila perintah Singapuro mengelak daripada memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai semata-mata dan selalu memberikan bantuan dalam bentuk diskaun harga barangan kepada golongan ini.


























































































   188   189   190   191   192