Page 191 - Saujana Pujangga 2022
P. 191

 FORUM
 Saujana Pujangga 2022 189
 Zulhaira Nafira Binte Ra’afie
Memberikan bantuan makanan pada jangka yang panjang akan menggalakkan sikap meminta- minta. Jikalau mereka berpendapat bahawa mereka akan sentiasa dibantu, mereka mungkin akan mengambil kesempatan dalam memanfaatkan situasi tersebut untuk meminta benda-benda selain makanan.
Namun, sikap mengenang jasa seseorang juga dapat dipupuk dalam masyarakat yang kurang berkemampuan. Mereka akan berasa terhutang budi kepada golongan yang telah menawarkan bantuan kerana rela membantu mereka walaupun kedua-dua pihak tidak mengenali satu sama lain.
Disebabkan bantuan yang dihulurkan oleh golongan tersebut, mereka dapat menjalani hidup dengan sebaik mungkin tanpa perlu risau bahawa keperluan untuk mendapatkan makanan asas. Dengan ini, saya berpendapat bahawa masyarakat kurang berkemampuan harus mempunyai sikap mengenang jasa
dalam
diri mereka.
Sikap tolong-menolong juga dapat dipupuk dalam masyarakat tersebut. Apabila mereka dapat memperbaik kehidupan mereka, mereka akan mengingati bantuan yang
telah diterima dan memperbaik kehidupan mereka. Hal ini akan membuat mereka lebih cenderung untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan mereka pada masa
hadapan.
 























































































   189   190   191   192   193