Page 192 - Saujana Pujangga 2022
P. 192

  FORUM
Taksub terhadap K-POP
Fenomena hiburan dari Korea Selatan telah mula melanda negara-negara Asia sejak lewat tahun 1990-an setelah K-drama diperkenalkan dan menjadi popular dalam kalangan masyarakat Asia. Pada awal 2000-an, K-pop pula terus mendapat tempat di hati peminat muzik dan hiburan. Sehingga hari ini, ombak kegilaan terhadap K-pop masih belum lagi menunjukkan tanda-tanda ia akan surut. Malah, kini fenomena ini boleh dianggap satu kegilaan yang melampaui batas, khususnya bagi golongan muda yang mengidolakan artis-artis K-pop kegemaran mereka. Sejauh manakah kegilaan ini akan terus menguasai masyarakat Asia dan seluruh dunia? Adakah kegilaan ini sebenarnya satu kemudaratan yang harus ditangani?
    190 Saujana Pujangga 2022
Qaisara Firzanah Binte Roslan
Shireen Sofea Binte Kamal
Berjuta-juta peminat di seluruh dunia mengorbankan masa dan wang mereka kerana mengidolakan artis K-pop mereka atau dikenali sebagai ‘bias’, iaitu kegilaan khusus terhadap seseorang artis K-pop. Peminat ini meluangkan masa berjam-jam menonton persembahan idola mereka melalui Internet. Keadaan peminat yang terlalu obsesi ialah salah satu isu terbesar yang timbul akibat gelombang sensasi K-pop. Peminat- peminat yang terlalu memikirkan tentang artis K-pop mereka atau dikenali sebagai peminat ‘sasaeng’ bukan sahaja membawa kesan berbahaya kepada kepada diri mereka sendiri malah terhadap artis yang digilakan. Sebagai contoh, peminat ‘sasaeng’ bernama ‘Oli London’ menjadi terkenal kerana telah melalui beberapa pembedahan plastik supaya dia kelihatan seperti idola K-popnya, Park Jimin daripada kumpulan lelaki K-pop terkenal, BTS. Ini bukti kukuh bahawa kebangkitan sensasi K-pop sudah pasti membawa impak negatif yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, frasa ‘kegilaan terhadap K-pop’ sebenarnya membawa impak buruk.
Kini, K-pop bukan sahaja popular dalam kalangan golongan muda tetapi juga yang tua. K-pop boleh membawa impak yang bukan hanya bermanfaat apabila dilihat daripada perspektif yang pelbagai. Kita ambil contoh industri perniagaan, K-pop membantu meningkatkan jualan syarikat dengan menggunakan artis-artis dari kumpulan-kumpulan popular sebagai duta produk mereka. Artis-artis K-pop yang begitu berpengaruh mampu menarik perhatian berjuta peminat dari pelbagai pelosok dunia. Penjualan barangan yang dipromosikan oleh artis-artis K-pop selalunya laris bak pisang goreng panas! Hal ini menunjukkan bahawa K-pop bukan sahaja digemari ramai atas dasar bakat dan penampilan artis-artisnya tetapi digunakan juga sebagai alat untuk memajukan sesebuah syarikat atau perniagaan.



























































































   190   191   192   193   194