Page 189 - Saujana Pujangga 2022
P. 189

 FORUM
  Saujana Pujangga 2022 187
El’yez Mu’arif
Pemberian bantuan makanan harus diwujudkan demi membantu mereka yang hidup dalam kesempitan. Penting bagi organisasi bukan pemerintah untuk menghulurkan bantuan kebajikan agar orang yang kurang berkemampuan dapat melanjutkan kehidupan mereka. Sumber keperluan yang sedia ada, dapat memberikan peluang bagi mereka menjalankan kehidupan seharian dan bukan sekadar mengemis di tepi jalan.
Sebaliknya, wajar untuk kita memahami bahawa pada asasnya, bantuan ini hanya merupakan bantuan jangka pendek. Maka, sebagai masyarakat yang inginkan ekonomi negara terus berkembang, pemerintah perlu menerapkan sikap ingin memperbaik kehidupan mereka daripada setakat meminta-minta. Sistem pendidikan yang kukuh boleh membimbing mereka yang memerlukan untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu yang diperlukan demi mendapat pekerjaan yang boleh menampung kehidupan mereka.
Selain itu, usaha pihak pemerintah untuk menyediakan pekerjaan bagi mereka yang memerlukan mengikut kemahiran yang dimiliki juga perlu diadakan. Hal ini perlu dilalukan dapat menakat demi penakatan kehidupan bergantung pada bantuan kebajikan sepanjang hayat. Maka, amat penting bagi pemerintah berusaha memberikan mereka jalan keluar untuk jangka panjang.
Nur Syifa Binte Mohamed Fadzly
Memberikan bantuan makanan akan memupuk sikap meminta-minta jika masyarakat tersebut tidak pandai bersyukur. Bank-bank makanan ini bukan merupakan suatu inisiatif jangka panjangdilakukan untuk menolong mereka. Namun, disebabkan sifat ihsan orang-orang di sekeliling mereka, usaha ia berjaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sikap tamak dalam masyarakat sedemikian sukar dielakkan terutama bila makanan yang diberikan adalah percuma. Untuk mencegah sikap sedemikian, bank-bank makanan tidak harus diadakan setiap hari. Mungkin lebih baik jika diadakan pada hujung bulan apabila mereka yang benar-benar terdesak untuk mendapatkan makanan. Ini akan mengajar mereka bahawa makanan tidak akan datang kepada mereka dengan begitu mudah dan mereka perlulah berusaha untuk mencari makanan dahulu.
Mereka akan berasa selesa dengan apa yang dilakukan untuk mereka sekarang dan akan lebih cenderung untuk hanya menunggu bantuan datang bergolek. Justeru, hal ini bergantung kepada individu itu sendiri, jika dia mahu hidup dalam kemiskinan dan bergantung kepada orang lain selamanya ataupun dia ingin berusaha untuk mengeluarkan dirinya daripada lingkungan kemiskinan.


























































































   187   188   189   190   191