Page 187 - Saujana Pujangga 2022
P. 187
FORUM
Saujana Pujangga 2022 185
Raiyan
Bulan bahasa boleh dipertingkat melalui lebih banyak aktiviti yang memerlukan kerjasama ahli keluarga untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan selalunya hanya untuk kumpulan tertentu. Sebagai contoh, pertandingan Cepat Tepat anjuran Mediacorp untuk murid sekolah rendah, Bahas 4PM yang untuk pelajar sekolah menengah dan maktab rendah dan pertandingan berlakon di kelab masyarakat yang sasarannya para pelajar sekolah. Namun, untuk memastikan warga Singapura lebih kerap menggunakan bahasa Melayu, kita harus memastikan masyarakat kita selesa bertutur dalam bahasa Melayu di rumah. Hal ini penting sebab ramai belia dan kanak-kanak tidak bertutur dalam bahasa Melayu sebab mereka lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris. Ramai ibu bapa berkomunikasi dengan anak mereka dengan menggunakan bahasa Inggeris. Dengan mengadakan pertandingan-pertandingan seperti ‘lakonan bersama keluarga’ ataupun ‘projek membuat video dalam bahasa Melayu bersama keluarga’ hal ini akan memastikan warga Singapura tidak berasa kekok untuk bertutur dalam bahasa Melayu bersama keluarga mereka.