Page 196 - Saujana Pujangga 2022
P. 196
ALUMNI BERJAYA
Hanisah Syahirah
Binte Mohd Yani JPJC/PJC-Kohort 2016-2017
Oleh Nafilah Binti Kosnan &
Alisha Hannah Binte Mohammed Affandi
Pelajar MLEP Maktab Rendah Jurong Pioneer kohort 2016-2017. Hanisah juga adalah Presiden MLEP pada tahun 2016-2017. Beliau kini menceburi bidang Kejururawatan. Baru-baru, kami bertemu dengan Cik Hanisah untuk bersembang dengannya.
Bolehkah anda ceritakan pengalaman anda dalam MLEP di JPJC (PJC)?
Pelbagai pengalaman yang telah saya peroleh melalui aktiviti-aktiviti MLEP di JPJC (PJC). Antaranya ialah program penyerapan MLEP ke Brunei, aktiviti anjuran MLEP seperti Wisuda dan Perkhemahan MLEP yang dianjurkan oleh pihak MOE (CPDD). Melalui aktiviti-aktiviti ini, saya juga dapat menjalin persahabatan dengan pelajar-pelajar MLEP dari maktab rendah yang lain. Saya juga dapat menguasai dan mendalami bahasa Melayu secara interaktif melalui kegiatan-kegiatan yang dianjurkan.
Apakah nilai atau kemahiran yang anda raih daripada program MLEP yang telah menyumbang dalam kerja anda?
Melalui program yang dianjurkan oleh MLEP baik di JPJC (PJC) mahupun MOE (CPDD), saya kini lebih yakin dalam penggunaan bahasa
Melayu. Dalam kerjaya saya sekarang, di mana penguasaan bahasa Melayu berguna dalam komunikasi seharian saya bersama pesakit- pesakit yang berbangsa Melayu semasa di tempat kerja. Ini kerana, kadangkala mereka tidak begitu faham bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi apabila kami perlu menerangkan ujian- ujian klinikal atau prosedur-prosedur tertentu. Saya dapati cara ini membantu pemahaman mereka dan para pesakit yang perlu bantuan saya sangat berterima kasih kerana saya memahami situasi mereka.
Melalui pelbagai kegiatan yang saya lalui, saya hargai nilai bekerjasama yang saya pelajari semasa mengikuti program MLEP yang kini saya praktikkan di tempat kerja. Saya tidak akan lupakan kepentingan nilai-nilai murni seperti bantu-membantu dan sokong-menyokong antara satu sama lain untuk memastikan saya seorang jururawat yang profesional dan bertanggungjawab.
194 Saujana Pujangga 2022