Page 197 - Saujana Pujangga 2022
P. 197

 Apakah yang mendorong anda untuk memilih kerjaya anda?
Pengalaman saya melihat pakar kesihatan menjaga arwah ayah saya sewaktu dia sakit dan adik saya sewaktu dia menjalani pembedahan besar, telah memupuk minat saya untuk menceburi sektor penjagaan kesihatan. Justeru, saya telah memilih kursus kejururawatan sewaktu di universiti dan meneruskan kerjaya sebagai seorang jururawat. Dalam kerjaya ini, saya berharap agar dapat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan mereka yang memerlukan rawatan kesihatan. Bidang kejururawatan juga memberikan saya peluang untuk berinteraksi dengan pesakit dengan lebih dekat. Dengan ini, saya dapat lebih memahami keadaan mereka dan ini membenarkan saya untuk memberi saranan dalam rawatan mereka supaya dapat membantu mereka secara lebih holistik.
Apakah cabaran yang dihadapi sebagai seorang jururawat?
Cabaran yang paling hebat ialah semasa berlakunya pandemik COVID-19 dua tahun lalu, iaitu pada tahun 2020 sehingga 2022. Pada masa itu, sebagai jururawat, kami ditugaskan menjaga jumlah pesakit yang sangat ramai kearana tenaga jururawat tidak mencukupi dan katil di hospital juga penuh dengan pesakit-pesakit COVID-19. Situasi pada masa itu sangat mencabar kerana saya perlu menjaga pesakit yang begitu ramai dan
memastikan semua tugas jururawat saya juga diselesaikan dengan baik. Di samping itu, saya perlu bekerja dengan mengenakan PPE (Personal Protective Equipment) sepanjang hari, yang menyukarkan pergerakan semasa bertugas serta terpaksa menanggung rasa panas dan ketidakselesaan. Melalui pengalaman ini, saya dapat belajar supaya menjadi lebih tabah dalam menghadapi kesusahan dan mengenal pasti prioriti dalam tugas saya.
Apakah nasihat atau pesanan anda untuk para pelajar MLEP?
Kehidupan pastinya ada pasang surut. Ada kalanya masalah yang kita hadapi rasanya seakan tiada jalan keluar dan sangat gelap. Namun jangan cepat berputus asa dan tabahkan diri untuk meneruskan perjalanan kerana pastinya ada cahaya di hujung jalan.
Ada kalanya kita berada di atas; kejayaan dan kebahagiaan diperoleh tetapi jangan kita bersikap angkuh. Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, berikan semangat dan sokongan seberapa yang kita mampu.
Maka itu, beringatlah agar bersikap rendah diri dan kuatkan hati serta bersyukur dengan apa yang dimiliki. Saya pasti seseorang yang mempunyai nilai-nilai murni ini akan beroleh kejayaan suatu hari nanti!
ALUMNI BERJAYA
Saujana Pujangga 2022 195
























































































   195   196   197   198   199