Page 199 - Saujana Pujangga 2022
P. 199

 kesempurnaan. Meskipun tidak sering menggunakan Bahasa Melayu atau membaca bacaan Melayu seperti di Maktab Rendah, MLEP telah mengajar jauh lebih banyak perkara daripada pelajaran yang berlaku dibilik darjah iaitu pengajaran-pengajaran seperti adat istiadat, nilai-nilai murni dan prinsip hidup serta cara untuk menjadi manusia yang lebih manusiawi.
Bagaimanakah anda menguruskan masa anda dengan baik semasa mengikuti pengajian di RI?
Saya selalu memegang prinsip untuk membahagikan masa satu hari kepada tiga bahagian. Cara ini amat berguna bagi saya lebih-lebih semasa cuti atau hujung minggu. Saya bersyukur cara ini sesuai dengan gaya hidup dan keperibadian saya. Tiga bahagian yang saya sebutkan tadi merupakan masa pagi hari sebelum makan tengah hari, dua hingga tiga jam selepas makan tengah hari dan selepas makan malam. Pada hari yang sama, saya akan pastikan bahawa saya telah memperuntukkan sebahagian masa untuk belajar dan satu bahagian lain untuk melakukan aktiviti yang saya suka, seperti bersukan, makan bersama rakan-rakan atau mengunjungi tempat-tempat indah. Dengan baki masa yang ada, saya akan mengulang kaji untuk peperiksaan yang akan datang atau sekadar untuk menyegarkan minda, menghabiskan masa bersama rakan- rakan saya. Amalan ini telah membolehkan saya untuk mewujudkan keseimbangan antara kehidupan peribadi dengan sekolah kerana pada hakikatnya, kita semua manusia, bukan robot.
Apakah cabaran-cabaran yang anda hadapi di universiti dan bagaimanakah pengalaman di maktab rendah membantu anda menghadapi atau mengatasi cabaran-cabaran tersebut?
Satu hal yang saya sedari amat bermanfaat selama perjalanan dua tahun di maktab rendah ialah bagaimana seseorang akan menjadi lebih berdaya bingkas dalam menghadapi pelbagai cabaran, terutama dalam bidang akademik. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa markah masih menjadi pertimbangan utama dalam pendidikan namun pengalaman menuntut di maktab rendah membuktikan bahawa ilmu yang diperoleh daripada proses belajar tersebut merupakan hal yang lebih penting. Jangan sampai kerana kita terlalu tertumpu terhadap markah akhir, kita mengorbankan nikmat belajar tersebut.
Saya amat beruntung kerana dibimbing oleh guru-guru untuk menemukan kenikmatan dalam proses menimba ilmu. Pemikiran inilah yang saya bawa terus di universiti untuk memastikan bahawa saya dapat kekal positif sepanjang proses pembelajaran di universiti.
Ramai juga yang beranggapan bahawa mengambil kursus ijazah berganda bererti menggandakan semua kerja, masa pengajaran, beban fikiran dan sebagainya. Akan tetapi, ini merupakan hal yang yang tidak tepat. Dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang memilih untuk mengambil kursus berijazah tunggal di menara gading, beban kerja yang dirasakan serupa. Berbekalkan pengalaman di maktab rendah, mengatur
ALUMNI BERJAYA
Saujana Pujangga 2022 197


























































































   197   198   199   200   201