Page 200 - Saujana Pujangga 2022
P. 200
ALUMNI BERJAYA
masa dan pekerjaan merupakan hal yang tidak asing sehingga tidak menjadi cabaran yang besar. Malah, oleh sebab kita dapat memilih bidang yang kita ingin ceburi di universiti, mengambil kursus ijazah berganda membolehkan kita untuk mengasah dan mempelajari kedua-dua bidang yang memang kita minati, sehingga proses menimba ilmu akan semakin terasa kenikmatannya.
Apakah nasihat dan harapan anda buat kohort-kohort MLEP yang ada sekarang?
Perjalanan saya masih panjang. Begitu juga bagi rakan-rakan sekalian. Apa yang telah saya capai bukanlahapa-apa.Sayayakinrakan-rakanMLEP,
keluarga MLEP keluarga MLEP, mampu meraih kejayaan yang jauh lebih cemerlang daripada saya bermimpilah setinggi mungkin, kerana jika mimpi itu tidak membuatmu takut, maka mimpi tersebut belumlah mimpi yang tinggi.
Terus kejar ilmu kerana masih ada jutaan ruyung yang menunggu untuk kita pecahkan. Gapailah cita-cita kita yang setinggi angkasa, dan ingat, tidak ada sempadan di angkasa raya ini. Dan terakhir sekali, ketika kita telah berjaya untuk mencapai cita-cita kita, tetaplah membumi. Cita-cita yang mengangkasa dan jati diri yang membumi, bukan sebaliknya. Akhir kata, ingatlah agar untuk selalu menjadi manusia yang lebih manusiawi.
198 Saujana Pujangga 2022