Page 198 - Saujana Pujangga 2022
P. 198
ALUMNI BERJAYA
Interviu bersama Alumni MLEP RI
Muhammad Nabil Naqiuddin Bin Mohammad Iskandar Naim
Wisnu merupakan pelajar kohort pertama MLEP di RI (Lulusan RI 2021). Setelah pengajiannya di RI, Wisnu sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam bidang Kejuruteraan Komputer and Pentadbiran Perniagaan. Wisnu merupakan seorang yang rajin dan sering menyebarkan keceriaan kepada guru-guru dan rakan-rakan. Diharapkan perjalanan Wisnu dapat dijadikan obor semangat untuk kita semua. Dirgahayu Wisnu dan rakan-rakan kohort MLEP RI yang pertama!
Bolehkah anda ceritakan detik-detik indah dan bermakna semasa mengikuti program MLEP?
Kenangan yang paling bermakna tidak lain dan tidak bukan ialah semasa menghadiri kelas Bahasa dan Kesusteraan Melayu (MLL) aktiviti MLEP setiap minggu. Mungkin banyak yang tertanya-tanya tentang pilihan saya ini sebab kegiatan-kegiatan tersebut merupakan kegiatan rutin dan tampaknya tidak ada yang istimewa daripada sesi-sesi tersebut. Akan tetapi, setelah meninggalkan maktab rendah, saya sedar bahawa kegiatan-kegiatan seperti perkongsian Cikgu Ali tentang pelbagai karya sastera (dan perjalanan hidupnya), melakukan perbincangan dengan Cikgu Malek, dan ikut serta dalam pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan MLEP yang lain di bilik Wahah Cendekia, merupakan detik-detik indah yang akan selalu terukir dalam hati. Kesederhanaan dan rasa kekeluargaan yang dirasakan semasa
mengikuti program MLEP telah membuat saya sedar bahawa masa-masa yang dihabiskan bersama merupakan kenangan indah program MLEP.
Bagaimanakah anda menerapkan bahasa dan budaya Melayu dalam kehidupan seharian anda pasca-MLEP?
Cikgu Ali selalu berkata kepada saya dan rakan-rakan tentang matlamat beliau sebagai guru MLL dan pembimbing MLEP, iaitu untuk menjadikan manusia lebih manusiawi. Pedoman inilah yang selalu saya pegang dan cuba untuk amalkan dalam kehidupan ini. Menerapkan pelbagai nilai-nilai dan adat Melayu dalam kehidupan seharian. Pada zaman moden ini, yang mana ramai belia daripada telah sedikit banyak mengambil sikap lewa terhadap resam Melayu. Saya sering bermuhasabah diri agar dapat terus menjadi individu yang lebih mendekati
196 Saujana Pujangga 2022