Page 201 - Saujana Pujangga 2022
P. 201
ALUMNI BERJAYA
Sumaiyah JPJC/PJC-Kohort Kohort MLEP 2017-2018
oleh Shireen Sofea Binte Kamal
Pelajar yang menyertai Program Elektif Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah (EMAS). menyertai pelajar kohort 2017 dan 2018 Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) Maktab Rendah Innova.
Cik Sumaiyah sempat diwawancara untuk berkongsi tentang pengalamannya di Maktab Rendah Innova sebagai seorang pelajar MLEP.
Bolehkah anda berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi ketika menuntut di Maktab Rendah Innova?
Pertama, kesusahan yang dihadapi semasa belajar. Walaupun subjek-subjek yang diajar di sekolah menengah hampir sama dengan di maktab rendah, jumlah kandungan maklumat yang diuji sangat banyak dan ada kalanya sukar untuk difahami. Sebagai contoh, bagi ujian yang pertama dalam Maktab Rendah Innova, saya telah memperolehi gred āUā bagi semua mata pelajaran saya. Akibat itu, saya menjadi lemah semangat dan tidak yakin kerana takut kegagalan ini akan berterusan hingga ke peringkat A. Walau bagaimanapun, pengalaman ini telah pun menjadi seruan yang menyedarkan saya bahawa kerja keras amat diperlukan untuk mencapai kejayaan.
Cabaran seterusnya ialah kesukaran untuk menjalinkan persahabatan. Memang tidak
boleh dinafikan bahawa pada mulanya memang susah untuk berkenalan dengan kawan baharu kerana masing-masing masih dalam proses perkenalan dan menyesuaikan diri dalam sekolah baharu. Tetapi lama- kelamaan, dengan adanya kawan-kawan rapat ia lebih menyenangkan proses belajar kerana masing-masing ada kekuatan mereka yang tersendiri untuk dikongsi bersama yang lain. Bukan itu sahaja, ia membuatkan saya lebih teruja untuk datang ke sekolah setiap hari.
Akhir sekali, saya berasa sukar sangat untuk mencari masa untuk berehat akibat jadual sekolah yang sibuk. Pada pendapat saya, jadual waktu di maktab rendah memang sangat panjang. Ada kalanya pelajar-pelajar hanya dibenarkan pulang pada pukul enam atau tujuh pada hari-hari yang ada aktiviti kokurikulum (CCA). Apabila tiba di rumah pula, terdapat banyak sangat tugasan kuliah dan tugasan lain yang harus dikerjakan setiap
Saujana Pujangga 2022 199