Page 203 - Saujana Pujangga 2022
P. 203

 saya di sekolah menengah. Pada asalnya memang saya seorang murid yang kurang pasti akan apa yang saya ingin capai. Tetapi, hari demi hari, saya melihat cara guru Geografi saya mengajar dengan sepenuh hati. Beliau selalu memberikan motivasi pelajar-pelajarnya untuk datang ke sekolah dan belajar dengan tekun. Sifatnya yang prihatin turut membuat para pelajar selalu berasa selesa dalam kelasnya. Dari situlah, saya mempunyai kemahuan untuk sentiasa menunjukkan sifat empati dan memahami masalah murid-murid saya dan melakukan sesuatu untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah tersebut. Sebagai seorang bakal guru, saya mahu memberikan peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Tambahan pula, apabila saya di Maktab Rendah Innova, saya juga bertemu dengan guru-guru yang juga memaparkan sifat-sifat mulia kepada para pelajar sebagai contoh, Cikgu Najmah dan Cikgu Tetty. Cara mereka menunjukkan sifat timbang rasa atas prestasi murid-murid memang mengagumkan.
Selain pengaruh daripada guru-guru, sebab utama yang mendorong saya untuk menjadi guru subjek Geografi ialah kerana minat saya sendiri dalam subjek tersebut. Pada pendapat saya, subjek ini menolong saya membuka perspektif saya dan melihat dunia dengan perspektif yang berbeza-beza. Dengan ilmu- ilmu seperti plate techtonics dan gunung berapi, saya berasa teruja untuk menghadiri sekolah. Ilmu-ilmu ini bukan sesuatu yang kita dapat lihat di negara kita sendiri, maka dengan mengetahui sesuatu yang luar daripada pengetahuan sedia ada kita, menjadikan
proses menimba ilmu lebih seronok. Natijahnya, satu faktor ialah minat dan yang kedua adalah keinginan saya untuk membawa perubahan dalam kehidupan para pelajar saya.
Pada pendapat anda, apakah nilai-nilai atau pengalaman dalam MLEP yang telah mempengaruhi pemilihan kerjaya anda sekarang?
Nilai kesabaran ialah sesuatu nilai penting sepanjang penglibatan saya dalam MLEP. Program MLEP ini ibarat program tambahan luar daripada aktiviti kokurikulum sekolah maka memang meletihkan bagi diri saya terutama jikalau program yang dijalankan berlangsung sehinggalewatpetang.Adakalanya,saya rasa hal-hal sebegini membuang masa kerana waktu ini boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti belajar. Tetapi, saya juga faham bahawa guru saya juga keletihan bersama kami sepanjang hari. Maka nilai kesabaran yang mereka tunjukkan membuat saya lebih menghormati pengorbanan mereka.
Dari situ, saya cuba meneladani nilai-nilai murni yang ditonjolkan sebagai seorang guru juga.
Bagi pengalaman pula, tindakan-tindakan guru saya di bangku sekolah benar-benar memotivasikan diri saya untuk mencontohi cara mereka. Sebagai contoh, mereka selalu sedia dengan perencanaan pelajaran yang penuh dengan aktiviti-aktiviti interaktif yang membenarkan para pelajar fokus dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh mereka seperti menyapa kami dengan nada meriah, menanyakan
ALUMNI BERJAYA
Saujana Pujangga 2022 201


























































































   201   202   203   204   205