Page 205 - Saujana Pujangga 2022
P. 205

 pelajar-pelajar yang bukan berbangsa Melayu yang menyertai program ini. Sebagai bangsa minoriti di Singapura, saya berpendapat bahawa apa yang benar-benar membuat bangsa kita maju adalah perpaduan kita. Apabila kita bersatu banyak perkara yang kita boleh belajar antara satu sama lain contohnya, kita belajar untuk memahami antara satu sama lain, mengambil berat, bertukar-tukar idea dan banyak lagi. Secara kesimpulan, saya berharap agar ramai lagi para pelajar akan menjadi ahli keluarga MLEP.
Apakah inspirasi anda dalam kerjaya anda dan untuk masa depan anda?
Saya berharap agar saya dapat menyelesaikan latihan perguruan dalam tempoh setahun dan dapat mula bertugas
dalam masa setahun dari sekarang. Selain itu, saya berharap saya dapat bertahan dalam kerjaya ini dan tidak akan berputus a s a supaya saya boleh menjadi seperti Cikgu Najmah dan cikgu-cikgu lain yang terus menyumbang kepada masyarakat. Saya juga berharap agar saya boleh membuktikan kepada mereka yang mengganggap bahawa pelajar-pelajar yang bukan daripada maktab- maktab rendah yang hebat juga dapat berjaya. Setiap orang dapat maju jika kuat berusaha dan sekolah bukan menjadi penentu. Selain itu, saya juga berharap agar saya dapat berbakti kepada guru-guru yang banyak menolong saya semasa saya berada di bangku sekolah. Saya juga berharap saya akan dapat menjadi seorang guru yang akan menyebarkan segala ilmu yang pernah saya perolehi kepada generasi masa hadapan.
ALUMNI BERJAYA
Saujana Pujangga 2022 203





























































































   203   204   205   206   207