Page 204 - Saujana Pujangga 2022
P. 204
ALUMNI BERJAYA
khabar turut menyedarkan saya akan komitmen mereka sebagai seorang guru. Ini mempengaruhi diri saya untuk memilih kerjaya saya sebagai seorang guru seperti mereka.
Bagaimanakah anda akan terus menyumbang kepada pelestarian bahasa dan budaya Melayu setelah meninggalkan bangku sekolah?
Pertama, untuk mengekalkan budaya Melayu saya berasa penting untuk kita bertutur dalam bahasa Melayu antara satu sama lain. Walaupun sumbangan ini kecil tetapi saya berpendapat bahawa amalan ini sesuatu yang penting supaya bahasa ibunda kita sendiri tidak lenyap pada suatu hari. Maka berpegang dengan prinsip ini, saya mengamalkan pertuturan dalam bahasa Melayu semasa bersama rakan-rakan Melayu saya. Dengan itu, saya dapat berlatih dan menyebarkan kesedaran bahawa Bahasa Melayu ini tidak sepatutnya menjadi sesuatu bahasa yang janggal digunakan tetapi boleh digunakan dengan selesa dan kerap. Saya berpegang kepada kata-kata ini “kalau bukan saya, siapa lagi?” Saya berpendapat jikalau tiada seorang pun yang cuba untuk menyelamatkan bahasa kita sendiri dan menunjukkan sikap bangga atas bangsa kita sendiri, maka tidak menghairankan kalau pada suatu hari nanti, bahasa kita akan hilang.
Kedua, semasa saya menuntut di universiti, saya telah mengajar Bahasa Melayu secara sambilan. Ini atas sebab saya tidak mahu
membazirkan ilmu pengetuahan yang saya telah perolehi di bangku sekolah. Dengan itu, saya mengajar seorang murid yang akan menduduki Peperiksaan GCE Peringkat A pada tahun tersebut dan dia telah berjaya memerolehi gred A untuk Bahasa Melayu. Dari situ, saya sedar bahawa saya berkebolehan untuk mengajar orang-orang di sekeliling saya.
Apakah nasihat yang anda dapat berikan untuk pelajar-pelajar MLEP yang kini dan yang akan datang?
Nasihat saya kepada para pelajar MLEP JC 1 ialah jangan berputus asa walau betapa susah keadaan ataupun proses pembelajaran kamu. Jika gred-gred untuk mata pelajaran kamu bukan apa yang diidamkan, kamu semua masih boleh berusaha hari demi hari untuk memperbaik gred sehingga masa untuk menduduki peperiksaan A. Bagi para pelajar MLEP JC 2 pula, walau tidak memuaskan gred kamu dalam peperiksaan Prelim, jangan sesekali putus asa dalam itu bukan peperiksaan yang terakhir. Jikalau masih gagal lagi, maka jangan malu untuk berjumpa dan mendapatkan pertolongan daripada guru-guru kamu. Buat sekali lagi kertas-kertas latihan yang telah diberikan oleh guru-guru kamu dan belajar daripada kesilapan yang lalu.
Bagi pelajar-pelajar MLEP yang akan datang, program MLEP ini sesuatu yang sangat menyeronokkan. Banyak sekali aktiviti-aktiviti dan darmawisata yang dirancangkan untuk kamu. Kita juga boleh berkawan dengan
202 Saujana Pujangga 2022