Page 202 - Saujana Pujangga 2022
P. 202
ALUMNI BERJAYA
hari. Kadang-kadang juga, saya terpaksa tidur pada pukul satu pagi untuk menyelesaikan cabaran kerja sekolah. Oleh itu, ini merupakan masalah terbesar yang harus saya lalui ini mengakibatkan keletihan dalam diri saya dan menjejas tahap fokus dalam kelas.
Bagaimanakan cabaran-cabaran tersebut telah membentuk diri anda pada masa kini?
Untuk mengatasi masalah kegagalan dalam aspek akademik, saya mula dengan mencari ‘kakak-kakak’ dan abang-abang yang saya kenal daripada Tahun Kedua untuk mendapatkan nasihat. Perbuatan mencari nasihat mahupun sokongan telah menjadi suatu kebiasaan yang membentuk diri saya sehingga hari ini. Walaupun memang sebenarnya, saya seorang yang pemalu tetapi saya memahami bahawa saya harus berani keluar dari zon keselesaan saya supaya dapat mencapai apa sahaja yang saya kehendaki.
Tambahan pula, untuk mengatasi masalah sukar menjalinkan persahabatan, hingga ke hari ini, saya memang berasa susah dalam bab berkawan kerana sifat saya yang pemalu. Tetapi lama-kelamaan, ini saya lebih berani mengambil peluang untuk memperbaiki peribadi kita supaya mudah menjalin persahabatan.
Yang terakhir, masalah mencari masa untuk rehat. Pada pendapat saya, kita selalu menunda-nundakan perkara-perkara penting yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, ketika saya sedang menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE). NIE yang
terletak sangat jauh dari rumah saya dan saya memang sering rasa penat dan ada kalanya malas untuk ke sana. Walau bagaimanapun, saya cuba mengubah perspektif saya dan menganggap cabaran-cabaran ini sebagai sesuatu yang dapat memberikan saya manfaat. Saya bertekad untuk bangun awal untuk ke sana, saya mengambil peluang ini untuk menambah amalan saya dari segi keagamaan.
Bolehkah anda ceritakan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan sebagai pelajar MLEP?
Program MLEP telah memberikan saya ruang untuk bertemu dengan pemegang-pemegang Biasiswa MLEP yang lain. Ini memang seronok bagi saya kerana kami semua dapat berkongsi pengalaman yang sama dalam MLEP. Apabila adaprogramyangmembolehkankamibertemu memang tidak boleh dinafikan banyak perkara yang dapat kami kongsi bersama. Malahan, lain sekolah mempunyai program-program yang berlainan maka cerita-cerita yang dikongsi memang unik. Tambahan pula, perkara yang paling saya rindui semasa program MLEP ialah makanan-makanan tradisional Melayu yang diberikan seperti kuih-muih, epok-epok dan banyak lagi.
Bolehkah anda berkongsi sebab-sebab anda memilih untuk menjadi seorang pendidik?
Sebab utama yang mempengaruhi saya untuk memilih kerjaya ini ialah kerana pengaruh- pengaruh baik yang saya dapat lihat daripada guru-guru sepanjang persekolaan saya. Salah satunya ialah pengaruh kuat dari guru Geografi
200 Saujana Pujangga 2022