Page 84 - Saujana Pujangga 2022
P. 84
PROGRAM PENYERAPAN
HARI PERTAMA
KEMBARA ILMU KE KAMPUNG GELAM: MENJEJAK SEJARAH MAKANAN ORANG MELAYU SINGAPURA BERSAMA ENCIK KHIR JOHARI
Nurin Irdina Binte Mohamad Roshan
JPJC
Pada 28 November 2022, saya dan rakan-rakan telah mengembara ke Kampung Gelam bersama Encik Khir Johari. Beliau merupakan penulis buku yang bertajuk “The Food of Singapore Malays” yang merakamkan, membandingkan dan menjejaki susur galur berkenaan sesuatu kelaziman dan ketukangan masakan orang Melayu. Para pelajar MLEP telah berpeluang meneroka kawasan- kawasan bersejarah di Kampong Gelam, asal usul nama makanan serta cara pembuatannya.
Antara perkongsian Encik Khir
adalah tentang sirap ros yang disediakan menerusi proses penyulingan bertingkat, ataupun fractional distillation. Hal ini amat menakjubkan bagi saya kerana saya tidak menjangkakan alat-alat yang digunakan untuk eksperimen-eksperimen di makmal sains sekolah juga boleh digunakan untuk menyediakan bahan-bahan makanan.
Beliau juga menyentuh tentang etimologi makanan-makanantertentu,antaranya,nasi janganan yang merupakan nasi bercampur kuah rojak dan sayur-sayuran. Perkataan ‘jangan’ bermaksud sayur-sayuran dalam bahasa Jawa.
Seterusnya, saya juga mempelajari cara orang-orang dahulu melakukan perniagaan di Singapura. Para penjual makanan seperti mi rebus dan sate biasanya memiliki lori
ataupun kenderaan makanan mereka tersendiri dan menjual makanan-makanan ini di tepi jalan. Hal ini biasa dilihat di Malaysia. Namun, apabila Singapura menguatkuasakan beberapa undang-undang yang bertujuan untuk mengutamakan kebersihan negara dan juga kesihatan orang awam, para penjual ini dilarang melakukan perkara tersebut. Sebaliknya, pemerintah Singapura menyediakan pusat-pusat penjaja di setiap kawasan kejiranan supaya masyarakat boleh membeli makanan dengan cara yang mudah dalam persekitaran yang bersih.
8282 SauSjanuajanPaujaPnugjagnagg2a022022