Page 85 - Saujana Pujangga 2022
P. 85

                HARI KEDUA
BENGKEL PENTERJEMAHAN MOE-MCI 2022: NILAI PENTERJEMAHAN TEKS SASTERA MELAYU KE DALAM BAHASA INGGERIS BERSAMA PUAN NUR-EL HUDA JAFFAR
Sherlita Almeyra Binte Sherhan
RI
Bengkel Penterjemahan MOE-MCI yang telah dijalankan melalui Zoom pada hari Selasa, 29 November 2022 merupakan salah satu aktiviti menarik yang menguji minda kami. Ini merupakan kali pertama saya menghadiri bengkel penterjemahan dan saya bersyukur kerana telah dapat menimba pelbagai ilmu daripada Puan Nur-El-Hudaa Jaffar, pengendali bengkel yang cukup mahir dan berpengalaman.
Perkara-perkara yang telah dikongsi termasuk takrifan ‘penterjemahan’ itu sendiri. Daripada apa yang dikongsi Puan Nur-El-Hudaa Jaffar, berdasarkan Konsep Terjemahan Dinamis oleh Eugene A. Nida, penterjemahan ialah penyalinan semuka ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa asal dalam bentuk persamaan yang terdekat dan bersahaja; pertama dari segi maknanya dan kedua dari segi gayanya. Kami dapat mempelajari enam konsep penting dalam penterjemahan berdasarkan Konsep Terjemahan Nida, iaitu Penyalinan Semula Maklumat, Persamaan yang Tidak Semestinya Keserupaan, Persamaan yang Bersahaja, Persamaan yang Terdekat Maknanya, Keutamaan Makna dan Kepentingan Gaya. Kami juga telah mempelajari tentang
kepentingan penterjemahan dalam komunikasi, terutama sekali bagi mengelakkan berlakunya salah faham. Puan Nur-El-Hudaa Jaffar juga mengenalkan kami kepada bidang-bidang penterjemahan seperti terjemahan teks dalam bidang kewangan, sains dan perundangan.
Dalam latihan pertama, kami perlu menterjemahkan papan tanda yang terdapat di sekitar kawasan lapangan terbang. Di Singapura, kami sudah terbiasa membaca papan tanda dalam bahasa Inggeris tanpa memerhatikan terjemahan yang disediakan dalam bahasa lain. Latihan tersebut telah menyedarkan saya bahawa penterjemahan yang tepat penting dalam papan tanda yang sedia ada. Pada masa yang sama juga, saya berasa kagum akan kerelevanan bahasa Melayu sampai ke hari ini.
Kami juga diperkenalkan kepada buku-buku yang telah diterjemah seperti Asterix and the Goths dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban daripada bahasa asalnya, iaitu bahasa Inggeris, ke dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan karya-karya dalam bahasa Melayu yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
PROGRAM PENYERAPAN
Saujana Pujangga 2022 83
























































































   83   84   85   86   87