Page 87 - Saujana Pujangga 2022
P. 87
Saya menggemari latihan ini kerana saya dapat mengaplikasikan semua teknik dan teori yang telah saya pelajari sepanjang sesi bengkel. Puan Nur-El-Hudaa Jaffar juga telah dapat memberikan maklum balas beliau dan saya dapat mencatat nasihat-nasihat yang diberikan oleh beliau.
Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh sekadar mengharapkan bengkel sebagai satu-satunya sumber pengetahuan tentang penterjemahan bahasa Melayu. Walaupun bengkel sebegini merupakan satu inisiatif yang cukup baik, namun kita juga harus lebih prakarsa untuk mengkaji bahasa Melayu kita yang kaya ini dengan lebih mendalam supaya ilmu dan kemahiran sebegini dapat diketahui dan dipelajari oleh generasi akan datang. Kita memerlukan pelapis yang akan membantu kita meneroka dan menterjemahkan teks- teks sastera dan sejarah, sari kata, undang- undang dan banyak lagi. Kita perlu rajin mempraktikkan dan mengongsikan apa yang telah dipelajari supaya kita dapat memelihara bahasa Melayu kita agar dapat kekal relevan.
PROGRAM PENYERAPAN
Saujana Pujangga 2022 85