Page 90 - Saujana Pujangga 2022
P. 90

                                 PROGRAM PENYERAPAN
  Perjalanan dari Hotel ke Kampung Beng, enggong
pemandangan lanskap yang menawan. Kawasan gunung ganang dan bukit-bukau yang menghijau membuatkan kami tidak
berasa mengantuk meskipun mata masih lagi berat dek kepenatan hari sebelumnya. Sebaik sahaja kami sampai di kawasan luar kampung, kami menaiki van
kecil secara berkumpulan untuk masuk ke kawasan pedalaman kampung tersebut. Setibanya di sana, kami telah disambut oleh penduduk tempatan dengan
paluan kompang dan nazam, dan diarak sehingga ke tempat untuk melakukan aktiviti kami. Kami berasa teruja dan kagum dengan cara mereka menyantuni tetamu.
Amat luar biasa.
Ikan Sangkar
Kampung Lenggong terletak di sepanjang Sungai Lenggong. Sungai Lenggong memang terkenal dengan penternakan ikan sangkar. Sungai ini menjadi sumber pendapatan orang-orang di situ. Kami telah berjumpa dengan Pak Andak yang memiliki sebuah sangkar
ikan di tasik tersebut.
Sangkar yang dimiliki beliau berukuran 20 kaki x 20 kaki, diperbuat daripada tiang logam dan
tong- tong plastik yang telah dipakukan kepada tiang logam tersebut untuk memastikan sangkar tersebut terapung. Terdapat juga lapisan jala. Beberapa lapisan jala paling bawah adalah untuk memastikan ikan-ikan yang dibiak tidak meloloskan diri. Lapisan jala teratas pula adalah untuk memastikan binatang-binatang seperti memerang dan biawak tidak mencuri ikan. Kos membuat sangkar ini selalunya kira-kira
LK
ami memulakan hari kedua widyawisata dengan bersarapan di hotel sebelum bertolak ke Kampung Beng, Lenggong di Ipoh. Perjalanan ke kampung tersebut mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Sepanjang perjalanan, kami menikmati
88 Saujana Pujangga 2022 88 Saujana Pujangga 2022




















































































   88   89   90   91   92