Page 91 - Saujana Pujangga 2022
P. 91
PROGRAM PENYERAPAN
RM2000. Bergantung kepada jenis ikan, setiap petak sangkar boleh memuatkan antara 800 ekor (ikan siakap) hingga 2000 ekor (ikan keli). Pengusaha perlu menunggu sehingga lapan bulan sebelum ikan-ikan ini dapat dijual di pasaran, atau untuk dikonsumsi sendiri.
Membuat Pekasam Ikan
Setelah Pak Andak memberikan penerangan mengenai sangkar
ikan, Encik Amir, salah seorang
anak muda di Kampung Beng,
telah membawa kami ke sekitar kawasan dusun kampung untuk memperkenalkan pokok buah- buahan yang terdapat di sana. Ramai antara kami yang hanya tahu makan buahnya sahaja, tetapi tidak pernah melihat pokoknya. Encik Amir turut bercerita tentang pengalaman beliau sebagai renjer di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Kami sungguh kagum dengan cerita-cerita beliau.
Aktiviti selanjutnya ialah demonstrasi membuat pekasam ikan oleh salah seorang anak muda di Kampung Beng. Ikan-ikan yang dinaikkan daripada sangkar akan disiang dan dibersihkan, kemudian direndam di dalam air garam buat satu jangka masa yang lama agar rasa masinnya menyerap ke dalam daging ikan. Kemudian, ikan-ikan tersebut akan digaul dan direndam di dalam air asam keping dan asam gelugur selama sehari semalam. Setelah itu, ikan-ikan tersebut akan disalut dengan beras hancur yang telah disangai. Setiap pelajar diberikan peluang untuk menyalut ikan tersebut - satu pengalaman yang cukup menyeronokkan!
Saujana Pujangga 2022 89 Saujana Pujangga 2022 89