Page 92 - Saujana Pujangga 2022
P. 92

                                 PROGRAM PENYERAPAN
Proses terakhir dilakukan di dalam dalam tempayan selama sekurang- kurangnya seminggu untuk memastikan penyebatian rasa masin dan masam pada daging ikan. Lebih lama ikan ini diperam, lebih lazat rasanya setelah dimasak. Ikan pekasam yang disimpan di dalam tempayan ini boleh bertahan sehingga tiga bulan. Ikan ini boleh dihidangkan dengan cara menggorengnya sahaja ataupun dicampurkan dengan rencah- rencah lain. Kesimpulannya, proses
Makan Tengah Hari dan Minum Teh Petang di Kampung Beng
Semasa makan tengah hari, kami telah menikmati hidangan yang telah dimasak oleh penduduk Kampung Beng. Kami telah dijamu dengan masakan ikan bakar, ikan pekasam, ikan pindang, lemak nangka, ayam goreng dan berbagai-bagai lagi juadah yang sungguh menyelerakan. Kebanyakan hidangan ini sukar dijumpai di Singapura. Maka itu, peluang menjamah makanan warisan Melayu amat berharga buat semua pelajar. Kami telah mempelajari bahawa ada lauk- pauk Melayu selain yang sudah kami terbiasa makan di Singapura. Oleh sebab kami telah mempelajari proses membuat ikan pekasam dan ikan pindang, kami lebih
menghargai lauk-pauk yang dihidangkan.
 ini mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, kesabaran diperlukan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!
90 Saujana Pujangga 2022 90 Saujana Pujangga 2022
  



























































































   90   91   92   93   94