Page 94 - Saujana Pujangga 2022
P. 94

                                 PROGRAM PENYERAPAN
HARI KELIMA
LAWATAN KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
RI
Salah satu ceramah yang disampaikan pada hari itu adalah berkenaan Tamadun Melayu dan Warisan Melayu oleh YBhg. Sasterawan Negara, Datuk Dr. Siti Zainon Ismail. Antara inti pati ceramah yang disampaikan beliau adalah mengenai adab dan adat seni hias orang Melayu yang amat selaras dengan agama Islam. Misalnya, cara pemakaian tradisional orang Melayu amat dipengaruhi oleh kehadiran Islam, yang mengakibatkan pakaian Melayu yang sederhana dan sopan. Contohnya, baju Melayu dan baju kurung. Ilmu-ilmu sebegini yang diraih menimbulkan rasa cinta dan bangga terhadap budaya kita, rasa penghargaan dan kebanggaan
tentang asal-usul adat dan adab bangsa saya sendiri seperti cara pemakaian Melayu yang amat berkaitan dengan unsur keagamaan.
Jamuan Makan Tengah Hari
Sharifah Khadijah, Rakinah, Raiyan Syazani, Alif Danial, Syarifah Syaza Syafiah, Puteri Nur Dini, Sherlita Almeyra dan Nur’Iffah
Pada jam satu petang, kami dibawa ke Rumah Dato’ Raha Diwangsana Muhammad Yunus Bin Jabar untuk acara makan tengah hari. Rumah ini merupakan rumah pertama yang dipindahkan ke Muzium Warisan Melayu, berasal dari Negeri Sembilan dan telah berusia lebih daripada lapan dekad. Hidangan yang disediakan termasuk ayam bakar, ikan masin, sayur kangkung, daging salai, asam pedas dan minuman sirap limau. Terdapat juga pencuci mulut seperti buah tembikai dan limau. Makanan yang disajikan amat lazat dan
92 Saujana Pujangga 2022 92 Saujana Pujangga 2022
mengenyangkan. Rakan-rakan yang lain juga dapat menikmati lauk-pauk tersebut dengan penuh kepuasan.
Hidangan yang paling kami gemari ialah ayam bakar. Melalui pengalaman ini, makanan yang telah dijamu merupakan lauk-pauk yang juga terdapat di Singapura, dengan sedikit pengubahsuaian. Oleh itu, makanan itu amat serasi dengan cita rasa saya dan rakan-rakan.
Ceramah Keris Warisan dan Kebijaksanaan Orang Melayu oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Mu’ati @ Zamri Ahmad Nailah Zakirah Asrin, Karima Nasha Kenchana Suryakenchana, Syairrah Mohd Rozali, Pearl Insyirah Md Nur Mubbin dan Aida
Cempaka Hanif
Selepas menjamu selera, kami mempelajari pula tentang warisan keris dan belajar tentang kebijaksanaan orang Melayu. Keris merupakan senjata tikam alam Melayu yang digunakan
dalam jarak dekat.
Terdapat dua jenis keris, iaitu yang lurus ataupun berlok. Keris yang berlok mengikut urutan bilangan nombor ganjil, seperti tiga, lima dan tujuh berdasarkan amalan Islam. Keris yang berlok itu juga lebih cekap mengalirkan
gegaran berbandingkan keris yang lurus.
Keris yang baik diperbuat daripada campuran tujuh jenis besi supaya kuat, keras dan seimbang. Keris sebenarnya diperbuat daripada pelbagai campuran besi. Keris Taming Sari pula diperbuat daripada campuran 20
 















































































   92   93   94   95   96