Page 96 - Saujana Pujangga 2022
P. 96
PROGRAM PENYERAPAN
Salah satu syair yang dikongsikan oleh Puan Liza bertajuk ‘Syair Tonggak 12’ mengikut irama Batu Belah. Sewaktu perkongsian beliau, Puan Liza telah membimbing para pelajar MLEP untuk mendendangkan syair dengan cara yang menarik sekali. Puan Liza yang sememangnya mempunyai suara yang merdu telah mengalunkan syair tersebut baris demi baris. Malah, para pelajar juga disuruh cuba mengikut irama yang didendangkan oleh beliau bersama-sama sehingga selesai.
Selain Puan Liza, terdapat juga salah seorang anak didiknya, Encik Muhammad Suffian, yang turut diundang untuk mendendangkan irama syair yang berlainan iaitu irama Siti Zubaidah. Syair yang dikongsikan oleh Encik Suffian bertajuk ‘Syair Taat’ oleh Norliza Hj Md Yamin (Puan Liza). Pada pendapat kami, rentak ini lebih rumit berbanding dengan rentak “Batu Belah” kerana lenggoknya dan tarikan
suara yang agak panjang. Namun demikian, beliau tidak berputus asa mengajar kami sehingga kami berjaya mengikut irama tersebut.
Pada penghujung ceramah ini kami berasa amat seronok kerana dapat meraih pengalaman yang cukup bermakna dan berfaedah. Bengkel syair ini juga berjaya melapangkan minda kami dan membuat kami lebih terbuka kepada aspek-aspek bahasa dan kesusasteraan Melayu yang begitu luas. Apabila kami mendengar dan mencuba untuk mengalunkan sendiri rentak syair seperti yang dibimbing oleh Puan Liza dan Encik Suffian, kami sedar dan menghargai betapa indahnya syair Melayu jika diselami lebih mendalam lagi.
94 Saujana Pujangga 2022 94 Saujana Pujangga 2022
Sesi Interaksi bersama Mahasiswa UPM & Lawatan Sekitar Kampus
Nailah Zakirah Asrin, Karima Nasha Kenchana Suryakenchana, Syairrah Mohd Rozali, Pearl Insyirah Md Nur Mubbin dan Aida Cempaka Hanif
Untuk mengakhiri lawatan kami di Universiti Putra Malaysia (UPM), kami dijemput melihat Radio Putra FM dan telah dibawa melawat kawasan sekitar kampus. Di sana, kami telah berpeluang berinteraksi dengan para mahasiswa dan melihat cara mereka mengendalikan stesen radio digital serta menerbitkan podcast. Putra FM merupakan stesen radio digital kampus yang menitikberatkan pendidikan dewasa dengan menyediakan program utama pendidikan, informasi dan juga hiburan.