Page 95 - Saujana Pujangga 2022
P. 95

                                 jenis besi! Keris tersebut hanya boleh dimiliki oleh seorang Sultan. Tambahan pula, sampir keris Melayu berbentuk sampan berdasarkan orang Melayu sebagai pelaut pada zaman dahulu. Bukan itu sahaja, jika diteliti betul- betul, bentuk keris tidak pernah lurus 180 darjah. Keris selalunya bengkok sedikit untuk melambangkan tiada yang lebih sempurna melainkan Tuhan.
Keris merupakan lambang identiti orang Melayu. Pada zaman dahulu, orang Melayu belayar tanpa paspot! Namun, dari satu tempat
ke satu tempat, asal usul pendatang dikenali melalui cara dia memakai kerisnya.
Pada umumnya, orang Melayu menyisipkan kerisnya di pinggang, iaitu di hadapan tubuh mereka kerana mereka mempercayai bahawa keris patut diutamakan dan dihormati. Orang Jawa pula menyisipkan kerisnya
di bahagian belakang punggung mereka sebagai tanda berwaspada dan menyembunyikan keris supaya dapat mengelirukan pihak lawan.
Sejajar dengan itu, orang Melayu dahulu arif tentang anatomi manusia dan tahu bahagian badan mana untuk menikam pihak lawan mereka secara sempurna. Mereka tahu cara menikam
ke tulang selangka supaya tikamannya terus ke jantung. Atas dasar tikaman ini, tubuh pihak lawan kekal sempurna dan boleh
dikuburkan secara sempurna, menjaga maruah mereka, berbanding dengan cara barat yang memancung. Inilah adab orang Melayu, yang amat tinggi tamadunnya.
Kami amat tertarik dengan fungsi dan kegunaan keris ini yang mempunyai heterogen makna di sebaliknya. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kami berharap agar warisan keris tetap kekal hingga
akhir zaman.
Pembelajaran Syair Dengan Tokoh Budaya Melaka, Puan
Liza Yamin
Hanis Zuhairah Binte Mohd Yazid dan Nur Hikmah Binte
Rohaizat
Seterusnya, pelajar MLEP telah diberikan peluang untuk mengikuti ceramah mengenai kaedah mengalunkan syair dalam bengkel yang dikendalikan oleh Puan Liza Yamin di Muzium Warisan Melayu yang terletak di UPM. Beliau merupakan seorang guru, penggiat sastera, seni dan budaya dan telah dianugerahi dengan beberapa pengiktirafan yang tersohor, iaitu Anugerah Tokoh Budaya Melaka 2019 (Penggerak Seni Budaya Melaka), Penerima Kurnia Bintang Khidmat Terpuji (BKT) Kerajaan Negeri Melaka oleh Tuan Yang Terutama yang Dipertua Negeri Melaka (TYT) 2019 serta Ikon Guru Seni Bahasa dan Budaya Kementerian
Pendidikan Malaysia 2021.
Saujana Pujangga 2022 93 Saujana Pujangga 2022 93
PROGRAM PENYERAPAN
 
















































































   93   94   95   96   97