Page 93 - Saujana Pujangga 2022
P. 93
Acara seterusnya ialah sesi minum teh. Meskipun baru sahaja makan tengah hari, perut kami sudah berkeroncong dek aktiviti- aktiviti yang dijalankan. Antara kudapan yang dihidangkan termasuk bubur delima, iaitu sejenis bubur yang diperbuat daripada santan dan gula kelapa, kuih tepung pelita dan epok-epok kentang. Semua juadah ini disiapkan oleh tuan rumah sejurus kami tiba di kampung tersebut. Sungguh menakjubkan. Tiga jenis juadah disiapkan dalam masa kurang daripada tiga jam. Kebanyakan makanan yang dihidangkan tidak pernah dicuba oleh pelajar. Oleh sebab itu, peluang untuk mencuba semua makanan ini amat berharga buat kami.
Demonstrasi Menyediakan Ikan Pindang
Sebelum kami pergi ke Kampung Beng, kami tidak pernah mencuba ikan pindang di Singapura. Masakan ini merupakan hidangan yang lebih terkenal di kawasan Jawa, Betawi, Palembang, dan tentulah Malaysia. Walaupun terdapat banyak variasi ikan pindang, Taman Lenggong, kawasan Kampung Beng di Perak mempunyai cara masakannya yang unik!
Ikan pindang yang bercampur rasa masam dan pedas dimasak dengan pelbagai rempah seperti cili padi, asam, kunyit, lengkuas, dan lain-lain. Cara memasak ‘pindang’ termasuk proses pemerapan dan pengawetan makanan – ikan-ikan yang disediakan dengan cara ini dapat bertahan lama.
PROGRAM PENYERAPAN
Saujana Pujangga 2022 91 Saujana Pujangga 2022 91