Page 10 - MBS010620
P. 10
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun lalu dapat dirakamkan dan menjadi sumber rujukan dalam sejarah pendidikan. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada warga sekolah telah menatijahkan penerbitan majalah yang dapat kita tatapi.
Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia maju berteraskan semangat bersatu padu, progresif, berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut
cabaran ini, Kementerian Pendidikan bertekad untuk terus meningkatkan kualiti system pendidikan serta memberi focus kepada keberhasilan murid. Aspek akademik, sahsiah dan nilai perlu diterapkan dalam pendidikan. Justeru itu, semua guru perlu beranjak daripada pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi menyokong usaha ke arah melahirkan murid yang berjaya secara holistik.
Para guru dituntut agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Pengetahuan dan kemahiran terkini dalam menghadapi cabaran abad ke-21 perlu diperkukuhkan. Pada masa yang sama, sekolah dan para guru akan sentiasa diberi sokongan professional daripada pembimbing yang pakar dan pengurusan yang mantap.
Akhir kata, saya menyeru semua pihak termasuk pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, pihak berkepentingan dan agensi swasta untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang pada masa akan datang.
SELAMAT MAJU JAYA!
DATUK Dr. AMIN BIN SENIN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
10
ADMINISTRATION