Page 11 - MBS010620
P. 11

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayah-Nya, saya diberi kesempatan sekali lagi untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah sekolah bagi tahun 2019.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah khususnya Sidang Redaksi Majalah Sekolah kerana telah berjaya menerbitkan majalah sekolah tahun 2019. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menyempurnakan penerbitan majalah sekolah ini.
Seperti yang kita ketahui, sekarang kita telah ke arah Industri Keempat atau Revolusi Industri 4.0 yang rancak
berlaku di seluruh dunia di mana kita perlu bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Sehubungan dengan itu, guru-guru dan murid-murid perlu lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu agar kita tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital. Justeru murid-murid perlu diasuh, dibentuk dan dididik dengan pelbagai ilmu, kemahiran, berfikiran secara kritis dan kreatif, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan sebagai pelengkap diri untuk meraka menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan terutama untuk bersaing di peringkat global.
Saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah ini akan menjadi perangsang kepada murid untuk terus mempamerkan bakat dan keterampilan diri masing-masing. Saya berharap agar warga sekolah akan terus mara ke hadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan bersifat global.
Sekian,WabillahiTaufikWalhidayah,Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
MAZNAH BINTI ABU BAKAR, ANS, PMC PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
11
ADMINISTRATION


































































































   9   10   11   12   13