Page 158 - MBS010620
P. 158
Sayembara karyawan muda 2019
kaTeGOrI menenGaH bawaH HadIaH PerTama
GAN JUN LIN (2H)
manFaaT PenGGunaan Laman SOSIaL
Dalam menempuhi era modenisasi dan globalisasi yang semakin mencabar ini, penggunaan laman sosial akan mendatangkan berjenis-jenis implikasi kepada pelajar.Pada zaman Tuk Nadur berkajang kain, penggunaan laman sosial tidak begitu ketara dan tidak dititikberatkan oleh pelajar. Zaman beralih, musim bertukar dan sekali air bah, sekali pasir berubah. Namun begitu, dalam menelusuri Malaysia yang sedang mengalami perubahan daripada sebuah negara yang pernah ditakluk oleh British kepada sebuah negara yang berkembang pesat lagi rancak, penggunaan laman sosial tidak pernah menyusut malah membusut dalam kalangan pelajar. Penggunaan laman sosial sering terngiang-ngiang di telinga masyarakat dan meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah ataupun di warung mamak. Sehubungan dengan itu, penggunaan laman sosial juga acap kali dipaparkan melalui media massa melingkungi media cetak dan media elektronik dalam norma hidup kita. Tepuk dada, tanyalah selera. Satu persoalan yang menerjah dalam benak kita ialah implikasi laman sosial kepada pelajar?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan laman sosial akan membawa natijah positif kepada pelajar pada kontemporari. Salah satu kesan positif ialah pelajar dapat mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini berlaku demikian kerana segala informasi sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh segenap strata sosial. Dengan itu, pelajar hanya perlu menaip maklumat yang dikehendaki dalam enjin carian seperti ‘Google’, ‘Wikipedia’ dan sebagainya, maka informasi tersebut akan mewujudkan di skrin alat elektronik iaitu telefon pintar ataupun komputer riba.Misalnya, pelajar boleh mengaji isu-isu semasa melalui menekan papan kekunci, malah juga mampu mengetahui buah mulut yang bukan sahaja berlaku di dalam negara tetapi juga di luar negara.Impaknya, pelajar yang berilmu pengetahuan tidak akan diejek sebagai katak di bawah tempurung ataupun buta huruf. Secara ringkas, laman sosial merupakan gedung ilmu boleh membantu pelajar pada rutin harian.
Jika dilihat dari perspektif yang lain, implikasi positif yang seterusnya adalah dapat menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih menarik serta ceria. Hal ini lantaran ilustrasi dapat membantu pelajar memahami topik dengan lebih teliti. Golongan pelajar akan tertarik dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.Tamsilannya, para pelajar berpeluang bermain permainan maya yang berunsurkan pendidikan sebagai kaedah pembelajaran yang lebih girang. Kesannya, prestasi akademik golongan pelajar akan meningkat kerana mereka memberi sepenuh tumpuan pada pelajaran. Secara keseluruhannya,proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih menggembirakan hati pelajar-pelajar memnerusi penggunaan laman sosial.
Bukan itu sahaja, penggunaan laman sosial juga mempunyai kesan negatif kepada pelajar. Kesannya ialah penggunaan laman sosial akan mencetuskan golongan pelajar menjadi lalai dan kelesa dalam melakukan sesuatu perkara. Hal in bersangkut- paut dengan terdapat bermacam-macam aplikasi permainan yang menarik dalam laman sosial berupaya memikat hati pelajar. Sebagai misalan, pelajar akan asyik menggunakan laman sosial untuk menghiburkan diri sampai larut malam sehingga melupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan harian. Kesannya, pelajar tidak akan menitikberatkan segala perkara mereka malahan melakukan perkara tersebut sewenanang- wenangnya seperti melepaskan batuk di tangga. Pendek kata, jelaslah bahawa pelajar-pelajar perlulah menguruskan masa mereka dengan sebaik-baiknya agar masa tidak akan dibazirkan dan segala tugasan mereka dapat dipraktikkan dengan efisien dengan aforisme sambil menyelam minum air.
Sudah terang lagi bersuluh, penggunaan laman sosial tanpa had dan kawalan juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Hal ini berpunca daripada maklumat-maklumat yang dipaparkan di laman sosial tidak dapat dikawal oleh sesiapa. Oleh itu, pelbagai maklumat yang tidak kira sama ada benar atau salah akan disebarkan melalui laman sosial. Buktinnya, penipuan dalam laman sosial, pencurian maklumat dan merosakkan program atau data komputer dan sebagainya akan berlaku dalam kalangan pelajar. Secara intihanya, jenayah siber yang berlaku dalam kalangan pelajar merupakan kesan negatif penggunaan laman sosial.
Akhirulkalamnya, penggunaan laman sosial akan mendatangkan implikasi positif dan negatif. Namun demikian, pada buah fikiran saya, implikasi negatif yang wujud wajarlah diambil dengan serius oleh seluruh strata sosial. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biar Malaysia terus gilang-gemilang di persada antarabangsa sehingga kekal abadi. Hal ini penting kerana dapat melahirkan generasi yang cemerlang,bangsa yang gemilang dan rakyat yang terbilang. Persis kata mutiara, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
158
CREATIVE WORKS