Page 160 - MBS010620
P. 160
pembinaan institusi keluarga kepada kehidupan mereka serta cara-cara menjaga dan mengekalkan keharmonian dalam sesebuah institusi keluarga dengan baik. Sebagai contoh, pasangan muda patut digalakkan berjumpa dengan kaunselor ataupun pembimbing supaya segala perselisihan fahaman antara kedua-dua orang dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah tanpa melibatkan anak-anak mereka. Pendidikan keibubapaan tersebut juga boleh disampaikan melalui kempen “Keluarga Bahagia” dan ceramah-ceramah bertemakan kekeluargaan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Natijahnya, pasangan akan lebih berpengetahuan tentang cara-cara mereka menyelesaikan konflik dan mengharungi cabaran yang dihadapi semasa membina sebuah institusi keluarga. Anak-anak mereka pula boleh membesar secara normal dan gembira. Intihanya, penyampaian bimbingan dan kaunseling serta pendidikan keibubapaan kepada pasangan muda yang akan mendirikan rumah tangga dapat membendung isu penderan kanak-kanak.
Akhirsekali, media massa perlu digunakan sebagai langkah terakhir membendung isu penderaan kanak-kanak. Hal ini ekoran media massa memainkan obligasi yang mustahak dan besar dalam kehidupan setiap anggota masyarakat kerana alat-alat komunikasi seperti telefon bimbit semakin banyak digunakan dalam kalangan masyarakat hari ini. Penggunaan Internet pula menyebabkan sebarang maklumat ataupun pemberitahuan dapat dikongsi kepada segala lapisan masyarakat dalam sekelip mata. Dalam kata lain, media massa membolehkan kita menyampaikan ataupun berkongsi maklumat kepada segenap lapisan masyarakat dengan cepat dan mudah malahan terdapat lebih banyak orang mengetahui maklumat yang ingin disampaikan kerana maklumat boleh disampaikan dengan pelbagai cara yang menarik seperti video dan komik. Misal kata, kesan-kesan isu penderaaan kanak-kanak boleh dihebohkan melalui pelbagai media massa seperti video, forum dan poster. Kesannya, lebih banyak orang akan mengetahui tentang isu yang serius ini untuk menyedarkan masyarakat berbuat sesuatu untuk membantu membanteras isu ini. Justeru, media massa boleh digunakan sebagai sebuah langkah untuk membendung isu penderaan kanak-kanak.
Sudah terang lagi bersuluh, penderaan kanak-kanak boleh dibendung melalui langkah-langkah seperti penguatkuasaan undang-undang negara, penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa sanubari masyarakat, bimbingan dan kaunseling serta pendidikan keibubapaan dan penggunaan media massa. Saya berharap agar keselamatan dan kebajikan kanak- kanak di seluruh dunia akan dijaga oleh masyarakat dengan baik. Pada hemat saya, saya bercadang bahawa semua pihak berganding bahu dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membanteras isu ini ke akar umbinya. Bak kata mutiara, bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
kaTeGOrI menenGaH aTaS HadIaH PerTama
NUR ATIKAH BT TAHIR (6 SeM 3 PeACH)
manFaaT PerHImPunan SekOLaH TerHadaP PeLaJar
Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah. Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan telah menjadikan perkara ini perlu diurus secara professional. Surat Perkeliling lkhtisad Bil.4/1984 (K.P (BS) 8591/ Jld 11 (24) bertarikh 14 Jun 1984 telah memaklumkan bahawa semua sekolah kerajaan wajib melaksanakan perhimpunan formal pada setiap minggu. Justeru, bagi memberikan natas baharu dalam perhimpunan sekolah, Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah dirasmikan di Johor Bahru pada 14 mei 2017 yang lalu. Modul ini telah diguna pakai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah dalam menyampaikan amanat, perancangan serta agenda yang telah atau bakal berlangsung.
Pihak sekolah seyogia menjadikan waktu perhimpunan sebagai wadah untuk menyemai, menanam dan memupuk rasa sayang akan sekolah, naluri cinta akan negara disemarakkan dalam kalangan pelajar dan guru. Perhimpunan rasmi dilaksanakan dalam suasana yang cukup berdisiplin dalam erti kata setiap warga perhimpunan itu menghormati dan mematuhi nilai, norma dan peraturan perhimpunan. Perhimpunan mingguan ini pula diurus dan dikendalikan dengan cara yang cukup bersistematik seperti bacaan doa, menyanyikan lagu sekolah, lagu negeri dan laagu kebangsaan seiring dengan ucapan menaikkan bendera diikuti dengan bacaan ikrar rukun negara yang dipimpin oleh ketua pengawas sekolah. Jelaslah secara simbolik, tersurat dan tersirat melalui perhimpuanan rasmi, kita akan dapat menzahirkan rasg. kasih akan sekolah seiring rasa cinta akan negara dalam kalaangan guru dan pelajar.
Di samping itu, perhimpunan rasmi sekolah juga sebagai medium untuk para guru, pentadbir dan pengetua membentuk tingkah laku dan personaliti pelajar ke arah mematuhi peraturan dan displin sekolah. Sewaktu perhimpunan rasmi inilah masa dan tcmpat yang paling praktikal untuk mendidik, membimbing dan memimpin pclajar supaya lebih berdisiplin. Mematuhi peraturan bukanlah sesuatu yang mcnyusahkan pelajar sebaliknya mendidik mereka supaya peka dengan persekitaran. Sebagai contoh ketika perhimpunan rasmi, pclajar dididik supaya menghormati
160
CREATIVE WORKS