Page 159 - MBS010620
P. 159

kaTeGOrI PerTenGaHan HadIaH PerTama
PHUAH CHeN HAN (4K)
LanGkaH-LanGkaH membendunG ISu Penderaan kanak-kanak
Penderaan kanak-kanak merupakan sesuatu gejala sosial yang amat kejam dan menggerunkan yang melibatkan orang dewasa mendera ataupun mencederakan kanak-kanak menggunakan kekerasan dan keganasan. Dalam menelusuri kehidupan pada era globalisasi ini, kedudukan kaum manusia telah membangkit menjadi lebih berkuasa daripad^.segala makhluk lain di dunia ini kerana kaum manusia sudah bertamadun. Namun begitu, kekejaman seperti isu penderaan kanak-kanak yang kerap terpapar pada dada surat khabar dan dijadikan buah mulut masyarakat itu masih berleluasa dalam kalangan masyarakat. TindakarvKebinatangan yang sungguh mengerikan ini dijadikan topik hangat pada zaman sekarang kerana hal ini berlawanan dengan prinsip kita sebagai manusia yang sudah bertamadun. Jelaslah bahawa isu ini agak membimbangkan sehingga mencapai tahap meruncing. Tepuk dada, tanya selera, apakah langkah-langkah membendung isu ini daripada terus menular dalam kalangan masyarakat?
Sebagai lontaran isi yang pertama, langkah-langkah untuk membendung isu penderaan kanak-kanak termasuklah penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan. Undang- undang merupakan alat yang paling efektif dalam mengawal tindakan dan keselamatan rakyat negara kerana dengan adanya undang-undang, rakyat akan mengetahui bahawa sesuatu tingkah laku ataupun perbuatan adalah salah dan sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut akan dihukum. Dalam kata lain, undang-undang merupakan sesuatu garis panduan supaya rakyat dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca supaya ketenteraman masyarakat akan terjamin. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menjatuhkan hukuman yang lebih berat atas kesalahan penderaan kanak- kanak dengan memanjangkan tempoh pendera dipenjarakan ataupun meningkatkan jumlah kali pendera tersebut dirotan. Akibatnya, rakyat akan ditakutkan supaya tidak melakukan kesalahan mendera kanak-kanak untuk mengelakkan diri daripada dijatuhkan hukuman yang berat dan kes penderaan kanak-kanak akan dikurangkan. Tuntasnya, isu penderaan kanak-kanak dapat dibendung melalui penguatkuasaan undang-undang negara.
Jika dikaji dari perspektif yang lain, penerapan nilai-nilai murni juga salah satu langkah untuk membendung isu penderaan kanak-kanak. Penerapan nilai-nilai murni tersebut boleh dilakukan melalui pengajaran dan pembelajaran sekolah dengan menyampaikan didikan agama dan moral kepada murid-murid. Hal ini kerana didikan agama dan moral merupakan benteng dan perisai yang ampuh dan kukuh yang mempertahankan semangat jiwa murid-murid daripada diracuni oleh pemikiran ataupun pengaruh yang buruk. Dalam kata lain pula, kesucian hati murid-murid akan dikekalkan selama-lamanya. Langkah ini sesuai dijalankan ketika sesorang masih berada di bangku sekolah pula adalah kerana sesorang lebih mudah terpengaruh oleh sesuatu jikalau seseorang itu terdedah kepada sesuatu pada usia yang kecil. Bak kata pepatah, bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Misal kata, pihak sekolah boleh mewajibkan pengajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik ataupun Pendidikan Islam dalam kurikulum pelajar-pelajar. Hal ini memastikan murid-murid terdedah kepada nilai-nilai murni pada usia yang kecil. Pihak ibu bapa boleh cuba menerapkan nilai-nilai murni dalam anak-anak sendiri dengan menjadikan diri sendiri sebagai suri teladan. Hal ini pula kerana anak-anak mudah terpengaruh oleh ibu bapa mereka oleh sebab anak-anak bagai kain putih, ibu bapa mencorakkannya. Pihak ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas agama untuk belajar tentang nilai-nilai murni tersebut. Pihak sekolah pula juga boleh memasukkan kelas agama dalam jadual waktu sekolah murid-murid. Kesannya, nilai-nilai murni tersebut akan disemaikan dalam jiwa sanubari masyarakat sejak bangku sekolah dan ajaran-ajaran tersebut akan dikekalkan dalam hati mereka selama-lamanya kerana ajaran-ajaran tersebut merupakan sebahagian daripada asuhan dan perkembangan insan mereka. Kekejaman tidak akan wujud dalam hati mereka dan mereka akan menghindari daripada melakukan kekejaman seperti penderaan kanak-kanak sewaktu mereka menjadi dewasa. Konklusinya, penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa sanubari masyarakat dari bangku sekolah dapat membendung isu penderaan kanak-kanak.
Selain daripada perkara di atas, bimbingan dan kaunseling serta pendidikan keibubapaan perlu diberikan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga untuk membendung isu penderaan kanak-kanak. Bimbingan dan kaunseling perlu diberikan kepada pasangan muda kerana mereka mungkin kurang berpengetahuan dalam pembangunan dan pengekalan sebuah institusi keluarga. Pasangan muda tersebut juga kurang berpengalaman dalam menghadapi rintangan bersama-sama dan belum mengetahui personalis sebenar kekasih masing-masing. Hal ini membahayakan institusi keluarga mereka UdHai dibinp kprana instituai koludiga tersebut mempunyai tapak yang tidak otabil jikalau pasangan tersebut tidak memahami kekasih masing-masing. Ini menyebabkan mereka cepat naik angin terhadap kekasih mereka dan mewujudkan stres dalam institusi keluarga tersebut. Stres yang tinggi pula boleh menyebabkan pasangan tersebut mendera anak-anak mereka untuk melepaskan kegeraman mereka. Hal ini pula akan menyebabkan seluruh institusi keluarga runtuh seperti sebuah rumah yang mempunyai tapak yang tidak stabil. Pembimbing ataupun kaunselor berupaya menyelesaikan masalah-masalah pasangan tersebut dengan mudah supaya situasi tersebut tidak akan berlaku. Pasangan muda juga perlu diberikan bimbingan dan pendidikan tersebut kerana mereka perlu mengetahui risiko-risiko pergaulan bebas, kesan-kesan
159
CREATIVE WORKS


































































































   157   158   159   160   161