Page 161 - MBS010620
P. 161
majlis yang diadakan dengan penuh tertib ketika berada di tempat masing-masing mengikut barisan di samping menjaga tingkah laku dan sentiasa memberi tumpuan terhadap ucapan pengetua atau guru.
Perhimpunan rasmi sekolah mendedahkan pelajar kepada isu-isu dan hal ehwal semasa. Tanpa maklumat, pelajar jadi persis katak di bawah tempurung. Penyampaian berita tentang kegiatan sekolah dibuat dengan mengambil kira kesemua pelajar boleh mendengar maklumat yang disampaikan. Sekiranya jumlah pelajar ramai maka pembesar suara digunakan. Berita dan maklumat tersebut biasanya disampaikan oleh guru bcrtugas atau diumumkan sendiri olch pengetua. Sekiranya ada hadiah yang perlu disampaikan maka perhimpunan sekolah adalah tempat terbaik untuk menyampaikannya. Pelajar akan dapat memahami aktiviti-aktiviti sekolah dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah dan sama-sama berkongsi kejayaan itu. Penghargaan ini adalah merupakan antara cara pihak sekolah menyemai dan menanamkan semangat kasih, sayang, dan bangga akan sekolah. Penghargaan yang diberikan sewaktu perhimpunan sekolah akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk lebih berusaha dengan penuh dedikasi bagi mencapai kejayaan. Yang penting, pelajar akan berasa seronok dengan pelbagai informasi, maklumat dan berita serpasa yang diterima dan terasa dihargai pula apabila setiap kejayaan mereka mendapat pengiktirafan dan ganjaran sewaktu perhimpunan rasmi sekolah.
Perhimpunan rasmi sekolah dapat melahirkan pelajar yang menghargai masa. Semua atur cara disusun dan disclcnggara oleh pengawas sekolah mcncpati jadual yang ditctapkan agar tidak memakan masa pembelajaran dan meletakkan suatu prinsip paling berharga bahawa masa itu emas. Sekolah dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dalam menguruskan masa, menghargai masa sewaktu mengendalikan perhimpunan dan berterusan dalam pelbagai situasi kehidupan selepas tamat alam persekolahan. Perhimpunan rasmi sekolah juga dapat mendidik mereka supaya bertanggungjawanb dalam memikul amanah sebagai pelajar dan pemimpin pelajar. Sebagai contoh, semua pelajar diminta hadir ke perhimpunan lima minit lebih awal sebelum waktu perhimpunan bennula. Situasi ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan diri dan masa. Sememangnya pcrhimpunan rasmi sekolah mendidik pelajar mcnghargai masa waima masa yang berlalu itu tiada bertara nilainya.
Rata-rata perhimpunan sekolah adalah lebih bcrsifat konvensional yang secara jelasnya lebih didominasi komunikasi sehala selain tidak bersifat menyeronokkan kcpada pelajar. Modui 10 Minit yang merupakan set aktiviti Unpack Curriculum yang dibangunkan bagi membudadayakan pembelajaran Abad ke-21 dalam kalangan guru dan pelajar sekolah wajar diaplikasikan dalam perhimpunan sekolah. Hal ini bertujuan supaya pengurusan perhimpunan mingguan sekolah lebih berobjektif dan efektif. Dalam pelaksanannya, aktiviti yang dijalankan adalah bersifat ringkas berdasarkan tema yang dapat mencetuskan pemikiran pelajar. Modul ini juga berupaya menjadi pemangkin untuk menjentik pemikiran kreatif dan kritis pelajar melalui aktiviti yang dirancang dalam masa membudayakan proses berfikir melalui perhimpunan di sekolah. Tempoh 10 minit dipilih berdasarkan kajian Charles S. Carver, Paul H. Blaney serta Michael F. Scheier dari Universiti Miami yang bertajuk Reassertion and giving up: The interactive role of self-directed attention and outcome expectancy.
Kesimpulannya, sudah tcrang lagi bersuluh. Pelaksanaan perhimpunan rasmi sekolah banyak memberi manfaat kepada pelajar dan memberi nafas baharu dalam penjanaan ilmu. Hal ini bukan sahaja mcmudahkan guru untuk mengurus dan mcngcndalikan program sekolah malahan dapat mendidik pelajar supaya memiliki matlamat yang jelas untuk berjaya bak kata pepatah berperahu biarlah berdayung agar sampai ke tanah seberang. Oleh itu, iltizam dan kesungguhan pihak sekolah dalam merencanakan landskap perhimpunan menjadi pemacu sesuatu perhimpunan yang berjaya.
161
CREATIVE WORKS