Page 14 - 240119 QUICKNEWS VOL 6 FA
P. 14
FOTO MEDIA KREATIF, ARISMA Anjur
We Heard
We Love
Oleh: Nik Nor Azidah & Aedie Azrul
UALA LUMPUR - Siswa Jabatan Foto Media Kreatif AD UiTM berkolaborasi
bersama ARISMA (Akademi Remaja Islam Autisma) anjur Program We Heard
We Love #autismspeak.
KProgram dimulakan dengan kunjungan siswa semester 5 seramai 58 orang
yang diiringi dua orang pensyarah Puan Nik Nor Azidah Nik Aziz dan Puan Syaripah
Mohaizah Sayed Mothar ke ARISMA di Ukay Perdana, Ampang. Aktiviti ini mendapat
kerjasama sepenuhnya dari Pengetua ARISMA, Puan Siti Khadijah Anyah. Berbagai aktiviti
yang bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak autism telah berlangsung antaranya
seperti “portrait photoshoot”, aktiviti-aktiviti berteraskan kreativiti serta lain-lain.
Program kedua pula berlaku pada 30 Jun 2018 bertempat di WK Bungalow Seksyen
30 Petaling Jaya berkonsepkan tema hari raya di mana program ini lebih kepada untuk
meraikan keluarga ARISMA. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal
Akademik Fakulti Seni & Seni Reka Universiti Teknologi MARA, iaitu Dr Rusmadiah Anwar.
Turut hadir ke majlis ini adalah pensyarah-pensyarah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.
Pada program raya khas ARISMA ini pihak jabatan menyumbangkan potret-
potret anak ARISMA beserta duit raya dan juga gambar-gambar yang dirakam
sepanjang program pada sesi sebelum ini. Kunjungan krew KOOL FM turut
memeriahkan suasana program raya bersama ARISMA.
Program ini bermanfaat dalam mengenali lebih dekat tindak balas sosial anak-
anak autisma ketika berinteraksi dengan mereka. Antara tindak balas sosial
mereka adalah seperti hilang tumpuan dan kurangnya ekspresi wajah, tiada
kesedaran perasaan terhadap orang lain, suka bersendirian tanpa berkongsi
pengalaman dengan orang lain dan suka bermain sendirian. Program yang
diadakan ini mendapat respon yang sangat positif daripada pengetua ARISMA
dan mengharapkan ada lagi kolaborasi seperti ini di masa akan datang. ~gesturz
14 | gesturz quicknews edisi 6 (Jul - Dis 2018)