Page 15 - 240119 QUICKNEWS VOL 6 FA
P. 15

ABILYMPICS
        KEBANGSAAN








        GUNA KEPAKARAN UiTM

         Oleh: Aedie Azrul



                 ANGI- ABILYMPICS : gabungan frasa “Olympics of Abilities” telah dianjurkan
                 buat pertama kalinya di Tokyo, Jepun pada tahun 1981 dan telah menerima
                 sokongan yang meluas daripada pihak kerajaan dan juga pertubuhan bukan
                 kerajaan (NGO). ABILYMPICS merupakan sebuah pertandingan berasaskan
       Bkemahiran yang dianjurkan untuk mereka yang kurang berkeupayaan
        bagi mengubah pandangan masyarakat dengan mengangkat golongan yang kurang
        berkeupayaan ini untuk lebih berdaya saing.

        Tiga tujuan utama seperti yang dinyatakan di dalam Prinsip Asas penubuhan ABILYMPICS
        ialah untuk meningkatkan kemahiran dan membangunkan potensi, merangsang keinginan
        untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi, serta meningkatkan kesedaran orang
        ramai mengenai keupayaan orang kelainan upaya (OKU) dan pada masa yang sama
        menjalinkan hubungan persahabatan di peringkat antarabangsa.

        Di Malaysia, Majlis Pemulihan Malaysia merupakan sebuah Pertubuhan
        Bukan Kerajaan (NGO) yang telah diterima untuk menjadi ahli sejak tahun
        2002. Pada Julai yang lalu, pertandingan peringkat kebangsaan telah
        diadakan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi bagi kategori
        jahitan pakaian peringkat asas dan lanjutan serta sulaman. Seramai empat
        orang pensyarah dari Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis &
        Seni Reka (AD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah terlibat sebagai
        konsultan dan juri untuk pertandingan ini.

        Peserta yang terpilih dalam ABILYMPICS  Kebangsaan akan
        dibawa bertanding di peringkat antarabangsa dan para pemenang
        akan diberikan latihan serta tunjuk ajar oleh tenaga pengajar dari
        Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti AD, UiTM. Tahniah kepada para
        pemenang dan setinggi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah
        yang terlibat kerana usaha dan inisiatif ini secara tidak langsung
        akan memberi impak terhadap kesejahteraan masyrakat. ~gesturz
























                                                                                gesturz quicknews edisi 6 (Jul - Dis 2018) | 15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20