Page 16 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 16

PESANAN JAAFAR TAIB DALAM

        AD CEO TALK





        Oleh: Muliyadi Mahamood

        SHAH ALAM - Bersempena dengan Seminar Pengurusan Seni dan
        Budaya (AcMA2017) (Art & Cultural Management 2017) yang julung   mengelakkan masalah-masalah perundangan.
        kalinya dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Siswazah, Fakulti Seni
        Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam   Antara perkara menarik disentuh Jaafar ialah mengenai kepentingan
        pada 22 Mei 2017 yang baru lalu, satu siri syarahan AD CEO Talk   penyelidikan dalam melukis kartun.  Dalam konteks ini, penyelidikan
        Series telah                                          dilihat dari dua sudut; pertama, hubungannya dengan tema dan
        diadakan.  Selaras dengan tema seminar, “Hala Tuju dan Identiti   subjek yang dilukis;  dan kedua, penyelidikan bagi memahami
        Nasional dalam Majalah Humor Nasional Gila-Gila”, Pengarah   kehendak pembaca atau pelanggan, bukan apa yang kita
        Urusan Creative Enterprise Sdn. Bhd. En. Jaafar Taib telah diundang   hendakkan.  Jaafar Taib menegaskan bahawa kartunis perlulah
        bagi menjayakan siri syarahan ini dengan tajuk “Sejarah Gila-Gila”.    mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dilukisnya, justeru
        Syarahan sejam itu penuh diisi dengan perkongsian pengalaman   itu dia menekankan kepentingan penyelidikan dalam proses
        Jaafar Taib menguruskan Gila-Gila hampir empat puluh tahun dan   pengkaryaan.
        sarat dengan kata-kata pesanan kepada kartunis dan pendengar
        secara umumnya.                                       Selain daripada dapat mengangkat tahap profesionalisme kartunis,
                                                              ilmu pengetahuan dan penyelidikan akan dapat merealisasikan
        Jaafar memulakan bicaranya dengan menegaskan kekompleksan   peranan kartun sebagai suatu wadah pendidikan.  Menurut Jaafar,
        mengurus dan mengendalikan “orang-orang kartun” atau kartunis   berbeza daripada karya-karya komik yang serius dan realistik, kartun
        yang dianggapnya sinis.  Justeru itu, mereka perlu ditangani dengan   dibentuk menerusi unsur-unsur penggayaan atau pengubahsuaian
        bijak.  Berbeza daripada pelukis yang menurutnya lebih selsa dan   imejan.  Selain mendidik dan menghibur, karya kartun boleh
                                                              mengurangkan tekanan perasaan, meskipun kadang-kadang
        bebas kerana tiada kekangan waktu untuk berkarya, para kartunis   kartunis sendiri menangis untuk menghasilkan karya yang baik lagi
        bekerja dalam lingkungan waktu yang ditetapkan.  Dalam dunia   bermutu.
        penerbitan, kartunis tertakluk dengan kehendak-kehendak “deadline”
        yang perlu dipatuhi.  Karya kartun perlu disiapkan mengikut waktu   Mengimbau asam-garam menerajui Gila-Gila hampir empat puluh
        agar penerbitan majalah tidak lewat.  Kelewatan majalah berada di   tahun, Jaafar mengakui majalah ikonik itu pada mulanya menimba
        pasaran akan menjejaskan cita rasa  serta kepercayaan pembeli dan   inspirasi daripada majalah popular MAD, tetapi kemudiannya
        peminat.  Justeru itu, dunia penerbitan dan kartunis terikat kepada   melahirkan identitinya yang tersendiri, berteraskan budaya Melayu
        disiplin yang ketat bagi mencapai kejayaan.           dan Malaysia.  Justeru itu, majalah ini dapat bertahan hingga kini
                                                              dan meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-39 April yang baru
        Bercakap mengenai karya kartun, Jaafar menegaskan kejayaan   lalu.
        sesebuah karya kartun bukan hanya diukur melalui kecantikan, tetapi
        juga kepada faktor-faktor lain seperti makna atau kandungan, serta   Syarahan Jaafar Taib dalam AD CEO Talk Series bukan sahaja sarat
        hubungannya dengan faktor-faktor pengurusan seperti percetakan   dengan pesanan dan nasihat, malahan mengandungi anekdot-
        dan pengedaran.  Dari sudut kandungan, Jaafar menasihatkan agar   anekdot yang jarang kita dengar dan pastinya lahir dari hati seorang
        kartunis mengelakkan tema-tema tragedi yang menyentuh sensitiviti   pengarah yang jelas dan yakin dengan apa yang dilakukannya.
        mangsa. Isu-isu politik pula harus ditangani dengan bijak bagi   Syabas untuk Jaafar Taib dan semua insan yang telah bersama-
                                                              sama membangunkan majalah Gila-Gila – Gesturz.


        16 | gesturz quicknews edisi 4 (Jul - Dis 2017)
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21