Page 21 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 21
MAYHEM
FIXED
PAMER KARYA FOTO
DAN VIDEO BUAT PEMINAT
Oleh: Nur Zuraihan Misdi
SHAH ALAM – Telah berlangsung pada 19 Ogos yang lalu, Tayangan Video dan
Pameran Foto yang dibawakan khas oleh Mayhem Fixed bertempat di Galeri Seni
Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) UiTM Shah Alam. Ia bertujuan menghimpunkan
peminatnya serta pelumba basikal yang terlibat dalam aktiviti yang diadakan.
Mayhem Fixed merupakan jenama lokal yang bertapak di Shah Alam, dan
merupakan kumpulan kreatif yang terdiri daripada barisan direktor seni, pereka,
pengilustrasi dan jurutera yang berpusat di Kuala Lumpur.
Semasa pameran sedang berlangsung, hasil gabungan video selama beberapa
tahun yang menampilkan krew bersama beberapa orang sahabat sedang
menunggang basikal di sekitar Kuala Lumpur serta beberapa lokasi lain telah
dipertontonkan. Kebanyakan video dan gambar tersebut telah difilemkan, dirakamkan dan
disunting sendiri oleh krew mereka iaitu Nafie, Ahmad Haziq & Syafiq Norsan.
Aksesori kelengkapan berbasikal turut dipamerkan, yang
merupakan hasil kolaborsi antara Mayhem Fixed
dan pengeluar jenama basikal terkemuka dari
Portugal iaitu RodaGira. Sebarang maklumat
lanjut boleh diakses melalui laman web www.
bicirodagira.com.
Pengunjung juga telah didedahkan dengan
hasil usahasama antara Mayhem Fixed dan
Lee Jeans Malaysia melalui produk denim yang
telah diubahsuai bersesuaian dengan keperluan
dan kelengkapan untuk berbasikal, selain sesuai
sebagai gaya kasual untuk bersiar-siar.
Semoga jenama tempatan seperti ini semakin
maju dan menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam
menyokong kreativiti produk rekaan anak-anak
tempatan kita. ~gesturz
gesturz quicknews edisi 4 (Jul - Dis 2017) | 21