Page 3 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 3
KATAKAMI
GESTURZ quicknews edisi ketiga kali ini
memaparkan pelbagai berita dan aktiviti
menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni
Reka. Saya tertarik dengan artikel “Mural
Interaktif”,Alumni AD80 dan aktiviti “Jejak
Warisan” yang menampakkan diversiti aktiviti di
luar kuliah.
“Mural Interaktif” tambah seri Indian
Street yang dihasilkan oleh pelajar dan
pensyarah AD UiTM Sarawak telah menjadi
satu fenomena di Bandar Kuching yang
bertemakan unsur-unsur budaya dan
identiti negeri tersebut. Tanpa kita sedari,
lukisan mural sekarang sudah menjadi bualan
dan tarikan masyarakat Malaysia yang dulunya
hanya dihasilkan di dinding-dinding sekolah
dengan tujuan berbentuk visual moral dan
kesedaran tentang sesuatu perkara.
Alumni AD80 “Creative Legacy Showcase”
yang berlangsung di Oasis Village, Ara
Damansara secara keseluruhannya
menunjukkan gabungan pelbagai disiplin seni
yang tentunya menarik diperkatakan. Seni
yang kini tanpa sempadan dengan merentasi
ruang dan masa pengkarya di dalam pameran
ini berpeluang berkongsi idea dan mesej
yang pelbagai sejajar dengan perkembangan
semasa.
Fakulti AD menyahut seruan Warisan Seni
Negara dengan menganjurkan aktiviti Jejak
Warisan menjelajahi tiga buah negeri iaitu
Perak,Melaka dan Kelantan. Aktiviti ini julung
kalinya melibatkan 238 pelajar dari pelbagai
bidang bersama pensyarah pengiring
yang semestinya menarik dan berkesan.
Pembentukan kurikulum AD yang mahukan
pelajar bersifat holistik tentunya mengambil
kira semua aspek di mana kebergantungan
tidak hanya kepada kelas, Kerja-kerja studio
dan kuliah semata-mata. Program seperti
ini perlu berterusan di mana amat perlu sifat
keprihatinan dan sensitiviti terhadap apa yang
berlaku di dalam masyarakat yang seterusnya
menjadi guru kepada ilmu kehidupan.
Khairul Zikri Abdullah
Editor Tamu