Page 6 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 6
RYUJIRO OYABU
KONGSI ILMU SERAMIK
Oleh: Liana Anak Siang
SHAH ALAM – Seminar dan bengkel “Arts of Jomon” telah berlangsung pada 19
Julai 2017 di Studio Seramik, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD), UiTM,Shah
Alam di mana seramai 24 orang siswa-siswi telah menyertai program kerjasama di
antara Jabatan Seramik Perindustrian dan Pengurus Program Satoko Wakiya dari
Jepun. Ryujiro Oyabu adalah seorang artis seramik Jepun telah menyampaikan
seminar dan mengadakan bengkel seni kontemporari Jomon khususnya
untuk pelajar Seramik Perindustrian. Program ini telah memberi impak dalam
menjalinkan kerjasama diperingkat antarabangsa dalam bidang seramik melalui
perkongsian ilmu dan kepakaran idea. Turut hadir semasa program ialah Prof. Dr.
Hj. D’zul Md Zain yang berbesar hati atas kesudian mereka mengadakan sesi
tersebut. Beliau berharap agar kualiti karya siswa-siswi dapat dipertingkatkan
setanding dengan artis antarabangsa.
Noor Izzati Shariffuddin wakil dari pelajar tahun akhir Jabatan Seramik
Perindustrian,UiTM, Shah Alam berkata “ Program sebegini dapat membantu siswa-
siswi dari segi teknik kerana teknik seramik Jepun banyak perbezaannya
berbanding di Malaysia, contohnya teknik “Jomon Mark”
dari Ryujiro Oyabu sendiri “. Semoga program
ini dapat memberi manfaat perkongsian
kepada pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
(AD), dan diharap ia dapat diadakan lagi di
masa akan datang. ~ gesturz
6 | gesturz quicknews edisi 4 (Jul - Dis 2017)