Page 9 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 9
20 pengkarya, 60 karya dalam
CERA CIA TION
Oleh: Fatin Nabilah Mohammad Yusof
SHAH ALAM – Pada 24 Julai telah berlangsungnya
CERACIATION iaitu Pameran Semester Akhir Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian) Seramik sesi Mac-Julai 2017 di Galeri Seni
Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) UiTM Shah Alam.
Pameran ini telah dirasmikan oleh Alumni Jabatan Seramik
Perindustrian, AD UiTM Shah Alam iaitu Cik Ham Rabeah Kamarun.
Turut hadir dalam sesi pameran tersebut adalah, Datuk Arsyad bin
Kassim, CEO dari Veena Resources juga meluangkan masa bagi melawat
dan melihat dengan lebih dekat karya siswa-siswi yang terlibat.
CERACIATION 2017 merupakan pameran yang bertujuan untuk menampilkan
kreativiti dan kehalusan karya hasil siswa-siswi Jabatan Seramik Perindustrian. Seramai
20 orang siswa-siswi semester akhir Seramik Perindustrian yang terlibat telah berjaya
menghasilkan lebih dari 60 karya dan produk seramik yang menampilkan variasi karya
terbaik dan bermutu.
Jutaan terima kasih kepada para guru dan pelajar dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah, para pensyarah dan pelajar dari Kolej
Komuniti Cenderoh dan Kolej Komuniti Klang yang turut hadir ke pameran
CERACIATION bagi melihat karya kreativiti seramik yang dipamerkan. Hal ini
secara tidak langsung dapat menyuntik minat serta semangat dalam diri
pelajar terhadap bidang kreativiti khususnya seramik perindustrian. ~
gesturz
gesturz quicknews edisi 4 (Jul - Dis 2017) | 9