Page 32 - QUICKNEWS VOL.2-SECURED latest back cover
P. 32

Ekspresi Seni Catan Mural Pelajar




        SENI HALUS DI





        SEKITAR BANDAR




        TAIPING                                    Sumber:





                                                   - Nor A’yunni Muhamad



























        TAIPING – Sebuah program kolaborasi aktiviti catan mural yang
        bertemakan ‘Warisan’ antara Universiti Teknologi MARA, Perak
        dan Majlis Perbandaran Taiping telah diadakan pada 1 & 2
        Oktober 2016 di lima lokasi berlainan di sekitar bandar Taiping
        yang bertujuan mempromosikan bandar Taiping sebagai salah
        satu destinasi pelancongan unik di Malaysia.

        Selain itu, program kolaborasi ini juga dapat memberi peluang
        kepada masyarakat setempat dan pelancong untuk melihat
        dan menghargai hasil karya 18 orang pelajar seni halus serta
        pensyarah yang menekankan ciri sejarah dan warisan di dalam
        setiap catan mural yang dihasilkan.

        Catan mural yang dihasilkan di dinding premis sekitar bandar
        Taiping tersebut diinspirasikan daripada elemen warisan,
        sejarah, tarikan pelancong dan makanan tradisi popular di
        Taiping.

        Karya mural dipilih sebagai fokus utama bagi program kolaborasi ini kerana ianya merupakan
        pendekatan yang ideal bagi karyawan seni untuk menghasilkan ekspresi seni berskala
        besar yang mampu menyampaikan mesej dengan lebih berkesan kepada masyarakat. Seni
        mural juga dipercayai mampu menepis kegiatan vandalisme yang dikatakan semakin sebati
        dengan corak kehidupan dan budaya remaja masa kini melalui garapan idea di dalam setiap
        penghasilan imejannya yang lebih menyasarkan makna-makna tersirat yang lebih bersifat
        positif. –  gesturz


        32 | gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016)
        32 | gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016)
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37