Page 34 - QUICKNEWS VOL.2-SECURED latest back cover
P. 34

NORWANI



                                          KONGSI RAHSIA



                                                                 IKAT LIMAR



                                              KEPADA UMUM






        SHAH ALAM – Telah berlangsungnya satu majlis bual bicara yang dikenali sebagai
        ‘Bicara Ikat Limar’ bertempat di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ),
        Universiti Teknologi MARA, UiTM Shah Alam pada 27 Oktober yang lalu. Majlis
        ini telah dihadiri oleh wakil peserta dari program Fesyen, Tekstil, Seni Halus dan
        Pengajian Budaya Visual dari Fakulti AD serta wakil-wakil daripada Muzium Kesenian
        Islam, Penjara Penor Negeri Pahang, Fakulti AD Kampus UiTM cawangan Kelantan,
        Muzium TEXFAS Universiti Malaysia Kelantan dan Pusat Ko-Kurikulum UiTM.

        Sesi bersama Puan Nurul Julia Alani Henry selaku Editor Kanan, Dewan Bahasa
        dan Pustaka dimulai dengan perkongsian tentang prosedur-prosedur penerbitan
        buku dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Prosedur-prosedur ini merangkumi
        lapan proses yang perlu dilalui oleh setiap penulis yang ingin menerbitkan buku,
        iaitu proses penilaian dalam, penilaian luar, pembetulan manuskrip, permohonan
        kelulusan daripada Jawatankuasa Editorial (JKE) dan Jawatankuasa Penerbitan
        (JKP), penyuntingan, pracetak, percetakan serta seterusnya penerbitan.

        Prof. Madya Dr. Norwani Md Nawawi pula kemudiannya meneruskan majlis dengan
        mengupas lebih lanjut mengenai Ikat Limar yang dinyatakan sebagai antara
        salah satu fabrik tenun paling berkualiti di Malaysia. Kain Limar yang merupakan
        fabrik tradisional Melayu ini terkenal semasa zaman pemerintahan Che Siti Wan
        Kembang di Kelantan pada abad ke-17 dan telah ditenun oleh penenun-penenun
        tempatan yang berasal dari negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu
        seawal abad ke-16 lagi. Selain itu, beliau turut menerangkan kepada para peserta
        mengenai struktur asas kain Ikat Limar, teknik menenun kain Limar, perbezaan kain Ikat Limar dari Patani, Kelantan,
                                                  Terengganu dan Indonesia, serta jenis-jenis Ikat Limar seperti Kain Limar
                                                  Biasa, Kain Limar Bersongket, Kain Limar Tenggarun, Kain Limar Telepuk
                                                  dan Kain Limar Bersurat.

                                                  Majlis bual bicara ini dianjurkan bersempena dengan pelancaran buku
                                                  Ikat Limar & Pameran Tekstil yang telah diadakan pada 20 Oktober
                                                  yang lalu, dan bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta
                                                  untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perihal Ikat Limar,
                                                  di samping mendedahkan mereka dengan panduan bagi menerbitkan
                                                  buku bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. – gesturz
























        34
        34 | gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016) | gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016)
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39