Page 40 - QUICKNEWS VOL.2-SECURED latest back cover
P. 40
49 ORANG SISWA
TERLIBAT DALAM
REQASENI
SIRI KE-9
KUCHING – REQASENI 2016 Siri ke-9 telah diadakan pada 14-19
Oktober 2016 yang lalu di Vivacity Megamall, Kuching. Bertemakan
‘Metanoia’ yang berasal dari perkataan Greek bermaksud perjalanan
mengubah minda, hati, diri ataupun cara hidup, pameran ini telah
dirasmikan oleh Rektor UiTM Sarawak, Prof. Dat’ Dr. Jamil Hj Hamali
serta dihadiri oleh Ketua Pusat Pengajian AD dan FSPU, Dr Siti Akhtar
Mahayuddin.
Pameran pada kali ini melibatkan 30 orang siswa program Seni Reka
Grafik & Media Digital serta 19 orang siswa program Seni Halus di
bawah bimbingan pensyarah Cik Noraziah Mohd Razali dan Cik
Mursyidah Zainal Abidin. Selain aktiviti pameran, turut diadakan
adalah Catan Mural Grafitti Kontemporari, Bazar Seni, Bicara Seni,
Peragaan Fesyen dari FACA, UNIMAS serta aktiviti Zumba.
Penghasilan mural sempena REQASENI Siri ke-9, telah mengambil
masa seminggu untuk disiapkan. Aktiviti ini diketuai oleh Ellyana Mohd
Muslim dengan penglibatan pelajar tahun akhir bersama alumni AD
Sarawak, Mohd Nor Syaddiq Mohamad Hamsah.
Kolaborasi ini turut mendapat kerjasama dari pihak
Vivacity Megamall. Sementara itu, aktiviti Bicara
Seni telah disampaikan oleh penceramah jemputan
iaitu Sidzary Othman, usahawan percetakan & seni
reka grafik, Mohamad Faizuan Mat, pensyarah
dan kurator dari UNIMAS, serta Nor Syaddiq artis
graffiti Twenty Fifth. –gesturz
40 | gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016)