Page 4 - MAG gesturz quicknews VOL.3-(4AUG) latest back cover
P. 4

KATAKAMI






















                                                                                GESTURZ quicknews edisi ketiga kali ini
                                                                                memaparkan pelbagai berita dan aktiviti
                                                                                menarik warga Fakulti Seni Lukis & Seni
                                                                                Reka. Saya tertarik dengan artikel “Mural
                                                                                Interaktif”,Alumni AD80 dan aktiviti “Jejak
                                                                                Warisan” yang menampakkan diversiti aktiviti di
                                                                                luar kuliah.

                                                                                “Mural Interaktif” tambah seri Indian Street
                                                                                yang dihasilkan oleh pelajar dan pensyarah AD
                                                                                UiTM Sarawak telah menjadi satu fenomena di
                                                                                Bandar Kuching yang bertemakan unsur-unsur
                                                                                budaya dan identiti negeri tersebut. Tanpa kita
                                                                                sedari, lukisan mural sekarang sudah menjadi
                                                                                bualan dan tarikan masyarakat Malaysia yang
                                                                                dulunya hanya dihasilkan di dinding-dinding
                                                                                sekolah dengan tujuan berbentuk visual moral
                                                                                dan kesedaran tentang sesuatu perkara.

                                                                                Alumni AD80 “Creative Legacy Showcase”
                                                                                yang berlangsung di Oasis Village, Ara
                                                                                Damansara secara keseluruhannya
                                                                                menunjukkan gabungan pelbagai disiplin seni
                                                                                yang tentunya menarik diperkatakan. Seni
                                                                                yang kini tanpa sempadan dengan merentasi
                                                                                ruang dan masa pengkarya di dalam pameran
                                                                                ini berpeluang berkongsi idea dan mesej
                                                                                yang pelbagai sejajar dengan perkembangan
                                                                                semasa.
                                                                                Fakulti AD menyahut seruan Warisan Seni
                                                                                Negara dengan menganjurkan aktiviti Jejak
                                                                                Warisan menjelajahi tiga buah negeri iaitu
                                                                                Perak,Melaka dan Kelantan. Aktiviti ini julung
                                                                                kalinya melibatkan 238 pelajar dari pelbagai
                                                                                bidang bersama pensyarah pengiring
                                                                                yang semestinya menarik dan berkesan.
                                                                                Pembentukan kurikulum AD yang mahukan
                                                                                pelajar bersifat holistik tentunya mengambil
                                                                                kira semua aspek di mana kebergantungan
                                                                                tidak hanya kepada kelas, Kerja-kerja studio
                                                                                dan kuliah semata-mata. Program seperti
                                                                                ini perlu berterusan di mana amat perlu sifat
                                                                                keprihatinan dan sensitiviti terhadap apa yang
                                                                                berlaku di dalam masyarakat yang seterusnya
                                                                                menjadi guru kepada ilmu kehidupan.

                                                                                Khairul Zikri Abdullah
                                                                                Editor Tamu

        4 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9