Page 9 - MAG gesturz quicknews VOL.3-(4AUG) latest back cover
P. 9

PROJEK



                     ‘SAMA-SAMA’ WARNAI



           KAPALLOREK ART SPACE



                                                   DI PEKAN PARIT





                                                                                                      Ezza Razak
                                                                                           Kapallorek Art Space





                                                                                   Mural yang berjaya disiapkan dalam
                                                                                   tempoh tiga hari ini adalah yang
                                                                                   pertama seumpamanya di Pekan
                                                                                   Parit.  Ia berdasarkan kepada
        SERI ISKANDAR – Sebuah projek komuniti                                     perihal sosio-masyarakat setempat
        dikenali sebagai SAMA-SAMA yang merupakan                                  yang merangkumi budaya, warisan
        Projek Kerjasama Seniman Asia Tenggara telah                               dan sejarah Pekan Parit itu sendiri.
        berlangsung selama 3 hari bermula dari 7 hingga                            Melalui program ini, diharapkan
        9 November 2016. Projek catan mural yang                                   Pekan Parit dapat menjadi salah satu
        bertempat di Pekan Parit dan Sembang Seni di                               tarikan destinasi pelancongan yang
        Kapallorek Art Space, Seri Iskandar Perak ini                              unik melalui pendekatan seni dan
        mendapat kerjasama dan sokongan daripada HOM Art Trans,   budaya, bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017.
        1 Malaysia Community Art Tourism (1MCAT), Balai Seni Visual   Dalam pada itu, beberapa catan mural lagi sedang dirancang
        Negara, Majlis Daerah Perak Tengah, serta Fakulti AD, Universiti   untuk dihasilkan di sekitar negeri Perak terutamanya di
        Teknologi MARA cawangan Perak.                         Daerah Perak Tengah ~ gesturz
        Seramai 10 orang seniman dari 3 negara iaitu Malaysia,
        Indonesia dan Filipina yang juga ahli alumni South-East
        Asia Group Exchange Residency (SAGER) telah mengambil
        bahagian bagi menyiapkan catan mural tersebut. Indonesia dan
        Filipina masing-masing telah diwakili oleh dua orang pelukis
        iaitu Didik Wahyu Setiawan dan Nugroho Heri Cahyono dari
        Jogjakarta, Indonesia serta Carlo ‘Caloy’ Gernale dan Mervin
        Pimentel dari Manila, Filipina. Manakala Malaysia pula diwakili
        oleh pelukis tempatan dari Seri Iskandar yang juga pensyarah
        di Fakulti AD, Universiti Teknologi MARA cawangan Perak, iaitu
        Fadly Sabran, Ashraf Abdul Rahaman, Nafis Saad, Muhammad
        Abdullah, Mahizan Hijaz dan Muhamad Sarip Abd Rahman.
                                                                                gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14