Page 13 - peraturan
P. 13

PENGURUSAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN KOLEJ MARA



                                         (b)    Pemakaian  bagi  aktiviti  luar  bilik  kuliah  atau  aktiviti  luar
                                                yang tidak formal (pakaian outing) adalah seperti berikut:

                                         Pelajar Lelaki                   Pelajar Perempuan
                                            Pelajar  hendaklah  berpakaian  kemas,  menutup  aurat  dan
                                            berkasut.


                                 1.5.2   Bagi  pelajar  lelaki  aksesori-aksesori  seperti  rantai,  gelang  dan
                                         subang sama sekali tidak dibenarkan.

                                 1.6     RAMBUT

                                 1.6.1   Pelajar  lelaki  mestilah  berambut  pendek  dan  kemas  dengan
                                         mematuhi ciri-ciri seperti berikut :

                                         (a)    Di belakang –
                                                rambut tidak mencecah paras kolar belakang.

                                         (b)    Di hadapan –
                                                rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.

                                         (c)    Di sisi –
                                                rambut tidak menutupi kedua-dua telinga atau sebahagian
                                                daripadanya dan bauk tidak melebihi paras tengah telinga.

                                         (d)    Tidak berekor

                                         (e)    Tidak diwarnakan

                                         (f)     Tidak mengikut fesyen keterlaluan

                                 1.6.2   Pelajar  perempuan  bukan  Islam  yang  berambut  panjang  melebihi
                                         paras bahu dikehendaki mengikat atau mendandankannya supaya
                                         kelihatan  kemas  dan  rapi.  Mewarnakan  rambut  (selain  warna
                                         asal) adalah dilarang.

                                 1.7     KAD PELAJAR / KAD MATRIK

                                 1.7.1   Pelajar  adalah  tertakluk  kepada  peraturan-peraturan  berikut
                                         bagi penggunaan dan/atau pemakaian Kad Pelajar / Kad Matrik:

                                         (a)    Setiap  pelajar  mestilah  mempunyai  kad  pelajar  /  kad
                                                matrik dan memakainya semasa berada di kolej.

                                         (b)    Kad  pelajar  /  kad  matrik  hendaklah  dipakai  /  disemat  di
                                                bahagian  dada  serta  mempamerkan  nama  dan  gambar
                                                pelajar.

                                         (c)    Sebarang  pindaan  oleh  pelajar  pada  kad  pelajar  /  kad
                                                matrik adalah menjadi satu kesalahan dan  dianggap tidak
                                                sah.







                                                          - 13 -
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18