Page 9 - peraturan
P. 9
PENGURUSAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN KOLEJ MARA
E. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP MASYARAKAT
1. Tolong-menolong dan bekerjasama.
2. Menghormati semua orang terutamanya orang yang lebih tua.
3. Suka bertolak ansur.
4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa
lain.
5. Bersifat ramah dan mesra.
6. Rasa bersefahaman dan bersabar.
7. Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat / kebajikan.
8. Bersifat ihsan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam
sekitar.
9. Memelihara kerukunan hidup berjiran.
10. Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada
pencemaran budaya.
F. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA
1. Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan
mempertahankan negara.
2. Mematuhi undang-undang.
3. Mengamalkan Prinsip-prinsip Rukunegara.
4. Menjaga kemudahan awam.
5. Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia.
6. Memelihara dan mempertahankan keindahan semula jadi negara.
- 9 -