Page 4 - peraturan
P. 4

PENGURUSAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN KOLEJ MARA



                                                      (I)  PENDAHULUAN


                       1.  LATARBELAKANG

                                         1.1    MAJLIS  AMANAH  RAKYAT  adalah  sebuah  Badan  Berkanun
                                                yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
                                                (kemudian  daripada  ini  disebut  “MARA”)  yang  diwujudkan
                                                bertujuan  menjalankan  pelbagai  aktiviti  dan  program  bagi
                                                membangun      dan    memajukan     ekonomi    dan    sosial
                                                masyarakat Bumiputera dalam bidang pendidikan.

                       2.  MATLAMAT
                                         2.1    Mewujudkan iklim persekitaran pembelajaran yang kondusif
                                                serta membina budaya positif dan cemerlang.

                                         2.2    Mendidik  pelajar  membina  sahsiah  unggul,  melahirkan
                                                pelajar  yang  berintegriti  serta  melaksanakan  langkah  dan
                                                tindakan  intervensi  untuk  membangunkan  sahsiah  dan
                                                akademik pelajar.

                       3.  PERWAKILAN KUASA

                                         3.1    Pada  menjalankan  kuasa  yang  diberikan  oleh  Ketua
                                                Pengarah  melalui  perwakilan  kuasa  di  bawah  seksyen  2
                                                Akta  Majlis  Amanah  Rakyat  1966  yang  memberi  kuasa
                                                kepada  pengarah  kolej  untuk  membuat  peraturan  bagi
                                                pelajar-pelajar Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA.

                                         3.2    Perwakilan  kuasa  kepada  Pengarah  KPM/KM  perlu  dibuat
                                                secara  rasmi  dan  spesifik  (nama,  no.  kad  pengenalan  dan
                                                lain-lain) serta jelaskan bidang kuasa atau had kuasa yang
                                                diwakilkannya.

                       4.  NAMA

                                         4.1    Peraturan-peraturan  ini  dinamakan  sebagai  Peraturan
                                                Tatatertib Pelajar Kolej Profesional MARA dan Kolej   MARA.
                                                [Kemudian  daripada  ini  disebut  sebagai  “Peraturan
                                                Tatatertib”]

                       5.  PEMAKAIAN

                                         5.1    Peraturan  Tatatertib  ini  hendaklah  digunapakai  bagi
                                                pelajar di semua Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA.

                                         5.2    Pelanggaran  mana-mana  peruntukan  peraturan  ini,  akan
                                                mengakibatkan  seseorang  itu  boleh  dikenakan  tindakan
                                                tatatertib.

                                         5.3    Selain  Peraturan  Tatatertib  ini,  pelajar-pelajar  dalam
                                                program  tertentu  (A-Level,  IB,  EDEXCEL,  Matrikulasi,  UniKL,
                                                UMK,  dll.)  juga  tertakluk  kepada  peraturan  daripada
                                                penganjur program berkenaan.





                                                           - 4 -
   1   2   3   4   5   6   7   8   9